Penjagaan tubuh badan selepas bersalin amat penting bagi memastikan para ibu kekal cergas, bertenaga dan cantik. Ia merangkumi penjagaan dalaman dan juga luaran.
Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengamalkan urutan badan untuk mengembalikan semula kesegaran badan.Siapa yang tidak mengurut badan selepas melahirkan anak pasti tidak akan menikmati kelebihannya
Dari segi fizikal, urutan dapat meningkatkan pengaliran darah dan
membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan
darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasa lenguh, sengal,
pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
Urutan turut memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta
mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut,
oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan
menjadi sihat dan segar.
Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot
dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga
mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan
mengurangkan lesu.
Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi
kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja. Antara
kelebihan lain urutan kepada ibu selepas melahirkan adalah seperti
berikut:
*Melancarkan perjalanan darah.
*Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan tertakung.
*Menaikkan rahim.
*Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya.
*Memecahkan lemak.
*Mengetat dan membentuk kembali tubuh.
*Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
Yang menariknya, urutan tradisional selepas bersalin termasuk urutan di
bahagian payu dara dipercayai boleh melancarkan pengeluaran susu ibu.
Jika
anda masih tercari-cari set bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan
terus bertenaga untuk menyusukan bayi kesayangan anda. Dapatkan Set Bersalin dan Set Penyusuan SHAKLEE yang TERBAIK untuk anda cuba.
Kredit To : Syokcariduit
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment