Kredit To : Adilah Manaf
Lazimnya, soalan popular yang ditanya selepas membeli vitamin
Shaklee adalah apakah jadual makan, bagaimana cara makan dan bilakah
masa sesuai makan vitamin Shaklee? Oleh kerana vitamin Shaklee kini
menjadi satu fenomena yang luar biasa di Malaysia, maka peningkatan
jumlah pengedar-pengedar Shaklee juga meningkat seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Pengedar Shaklee yang benar-benar komited, tidak akan
membiarkan para pelanggannya dibiarkan tanpa dibekalkan informasi
secukupnya khususnya bab jadual, cara makan dan masa yang sesuai untuk
makan vitamin Shaklee.
Jadual Dan Cara Makan Vitamin Shaklee
Sebelum saya teruskan kepada jadual dan cara makan vitamin Shaklee,
izinkan saya berkongsi sesuatu yang penting untuk anda semua.
Umumnya, di label yang ditampalkan pada botol setiap vitamin Shaklee
telah diberitahu berapakah dos yang perlu diambil dalam masa sehari
kepada semua. Tetapi sebenarnya kita juga perlu tahu apakah cara makan
dan jadual yang tepat supaya kita akan mendapat hasil yang optimum? Di
sinilah terletaknya jurang perbezaan yang ketara antara pengedar Shaklee
yang memang pakar, ikhlas dan komited untuk memberikan perkhidmatan
yang premium kepada para pelanggan dibandingkan dengan pengedar Shaklee
yang mementingkan keuntungan dan jual vitamin shaklee pun hanya sekadar
menjual tanpa konsultasi yang lengkap dibekalkan kepada pengguna. Maka,
terjadilah situasi yang biasa dewasa ini, apabila saya dan rakan-rakan
pengedar sentiasa dihujani dengan panggilan telefon para pelanggan yang
susah hati dan rasa marah kerana selepas membayar harga vitamin Shaklee,
penjual Shaklee picisan tersebut hilang begitu sahaja tanpa sebarang
konsultasi cara makan dan jadual makan yang betul. Pilihlah betul-betul
lain kali ye.
Jadual Umum Dan Cara Makan Vitamin Shaklee Bagi Penyerapan Optimum
Secara umumnya :
Kalsium bagus diambil selepas makan. Tetapi, tidak menjadi masalah
sekiranya ingin diambil sebelum tidur seperti kita minum susu sebelum
tidur.
Magnesium seelok-eloknya diambil pada waktu sebelum tidur.
Pengambilan Zink bersama-sama makanan akan mengelakkan rasa loya dan ingin muntah.
B Complex diserap secara optimum pada waktu selepas sarapan pagi dan memberi tenaga sepanjang hari.
Ambillah Vitamin C pada waktu selepas sarapan pagi bagi mengelakkan
sakit perut kerana kandungan asid askorbiknya boleh menyebabkan perut
anda memulas-mulas.
Sila ambil perhatian. Elakkan telan bersama-sama:
Ostematrix dan Vitalea
Alfalfa dan Vita E
Alfalfa dan Vita E
Masa Sesuai Makan Vitamin
1. Sebaik-baiknya pengambilan vitamin dilakukan selepas makan supaya kadar penyerapan vitamin lebih baik dan optimum jika diambil bersama-sama dengan makanan.
2. Produk vitamin sustained released sangat “highly recommended” atau disyorkan untuk diambil sekali atau bersama dengan makanan supaya fungsi sustained released dapat dioptimumkan dengan nutrien yang dilepaskan secara perlahan dan berperingkat-peringkat.
3. Bagi memastikan penyerapan pada kadar yang paling optimum, ambillah vitamin dan mineral bersama-sama.
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment