Saya nak kongsikan satu artikel tentang IBU.. ia berkenaan pahala-pahala bagi kaum ibu yang menguruskan anak.. seperti sedia maklum bahawa kaum ibu ini adalah seorang wanita yang sangat tabah dan sangat bersabar dengan segala kerenah anak-anaknya.. Kita semua tahu bahawa ibu ini adalah seorang manusia yang melahirkan kita dan telah banyak berkorban untuk kita semasa kita masih kecil dengan menjaga dan menyusukan kita.. kaum bapa juga banyak membantu kita dari aspek yang lain pula..tetapi pada kali ini saya ingin memfokuskan kepada kaum ibu dulu..
Mari kita perhatikan dan memikirkan apa yang Allah telah sediakan ganjaran pahala kepada kaum ibu seperti kita...
- 2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada solat 80 rakaat wanita yang tidak hamil
- wanita yang hamil ini juga mereka mendapat ganjaran pahala puasa di siang hari dan juga pahala ibadat di malam hari.
- Wanita yang bersalin akan dianugerahkan pahala 70 tahun solat dan puasa
- setiap kesakitan pada urat ibu yang ketika sedang bersalin,Allah akan menanugerahkan ganjaran satu pahala haji.
- sekiranya ibu itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin akan dikira mati syahid dengan syarat taqwa
- Ibu yang memberi susu dari badannya kepada anaknya ketahuilah bahawa setiap titik susu yang diminum itu akan diberikan ganjaran satu pahala..
- Ibu yang memberi minum susu badan kepada anaknya yang menangis akan diberikan ganjaran pahala 1 tahun puasa dan solat..
- Sekiranya ibu itu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun,malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa ibu tersebut akan wajib mendapat nikmat syurga ..
- seorang ibu yang menghabiskan tidur malam dalam keadaan tidak selesa kerana menyusukan anaknya yang sedang sakit akan dianugerahkan pahala seperti melepaskan 20 orang hamba
- Ibu yang tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya.
- dan apabila ibu tersebut menghiburkan anaknya akan diberikan ganjaran pahala 12 tahun jumaat..
Kredit To : Sheila Mutalib
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment