Tuesday 18 February 2014

Bagaimana Kita Membantu Dalam Perkembangan Otak Anak-Anak?

Assalamualaikum w.b.t

Perkembangan otak adalah satu proses yang panjang.. bermula dari dalam rahim sehingga meningkat remaja, kita akan mengalami proses perkembangan otak. Biasanya tempoh yang paling kemuncak adalah di usia tiga tahun pertama.. Pada usia itu, pedawaian utama otak sedang berlaku. Bukan setakat proses pendawaian ini saja, malah ada macam-macam lagi proses yang berlaku di otak kita. Proses inilah yang kita panggil pembelajaran.. Belajar, belajar dan belajar...





Belajar menerusi deria

Bagi kanak-kanak, dunia adalah satu benda baru bagi mereka.. dan banyak perkara yang perlu mereka belajar dan fahami.. Cara yang paling awal untuk mereka belajar dengan menggunakan 5 deria iaitu penglihatan, bunyi,  sentuhan,  rasa dan  bau.

Penglihatan - Pembelajaran ini bermula seawal beberapa bulan pertama iait bayi biasanya sudah boleh melihat objek yang bergerak, membezakan warna dan bentuk.. Dari situ, mereka akan mula mengembangkan gerakan tangan - mata.. Mereka akan memerhatikan dan memahami persekitaran..

** 75% - 90% pembelajaran kanak-kanak adalah dari melalui penglihatan.

Bunyi - Dari baby lahir lagi mereka dah boleh faham dan kenal bunyi-bunyian.. Banyakkan bercakap dengan mereka dan dedahkan bunyi-bunyi yang berlainan kepada mereka.. Jadi mereka akan kenal bunyi dengan cepat dan mudah..

** Bagi orang Islam digalakkan mendengarkan bacaan al-Quran dan bacaan zikir di telinga si kecil.

Sentuhan - Memang menjadi habit kanak-kanak.. Bila nampak sesuatu di sekeliling mereka, mereka akan ambil dan pegang.. Kemudian masukkan ke dalam mulut.. Ni lah cara mereka merasa tekstur benda itu.. Sebabnya lidah adalah organ yang paling sensitif untuk rasa..

Rasa - Proses pembelajarannya sama seperti mereka belajar menyentuh.. Mereka akan masukkan ke dalam mulut tapi kalau tak sedap, memang serta-merta dia akan keluarkan semula.. Secara semulajadinya, kanak-kanak lebih menyukai rasa manis.

** Pastikan korang jangan letakkan peralatan atau makanan yang merbahaya merata-rata.. Kanak-kanak tak kenalkan lagi erti bahaya.. Kena ingat tu!!!

Bau - Baby sangat kenal bau ibunya kan.. lebih-lebih lagi kalau dia menyusu susu ibu.. seperti family yang lain pun sama, mereka akan kenal melalui bau..



Nutrien untuk Otak

Macam anggota badan yang lain, Otak pun perlukan nutrien untuk terus berkembang dan kekalkan tumbesaran.. Kalau tulang perlukan kalsium, apa yang Otak perlukan?

1. DHA (asid dokosaheksenoik) AA (Asid arakidonik) - DHA dan AA serta Asid lemak Omega-3 dan Omega-6 merupakan asid lemak utama yang terlibat dalam pembentukan plasma fetus, otak dan retina.. Kajian menunjukkan kedua-duanya membantu memperbaiki perkembangan mental kerana kanak-kanak yang menerimanya telah menunjukkan peningkatan yang berkesan dalam prestasi membaca, mengeja dan penglihatan berbanding mereka yang tak mengambil.

2. Fosfolipid - penting untuk kesihatan otak yang optimum kerana ia membantu memperbaiki perhubungan sel-sel otak, memori dan fungsi mental..

3. Kolina - untuk menyokong aktiviti sistem saraf, diperlukan untuk perkembangan otak dan membantu memperbaiki fungsi memori kanak-kanak supaya dapat mengingati dengan lebih mudah..

4. Zat besi - penting untuk perkembangan otak yang mempengaruhi tingkah laku dan kebijaksanaan akan turut menghasilkan penghantar saraf (atau neurotransmitter), iaitu bahan kimia yang menghantar maklumat di sekeliling otak serta sistem saraf.

5. Taurina - berperanan penting dalam penghasilan penghantar saraf yang diperlukan untuk perhubungan saraf..

6. Zink/Antioksidan - Menyokong tumbesaran dan pembahagian sel serta boleh melindungi sel-sel dalam otak dan sisitem saraf pusat..


Jadi, berikan anak kita keseimbangan nutrien yang baik untuk perkembangan dan tumbesaran mereka yang sempurna.. Pilihan saya tentulah Omega Guard.. Korang pun boleh.. Hubungi saya untuk harga dan consultasi istimewa!!!







Kredit To : Sheila Mutalib

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...