Thursday 6 February 2014

Masalah Obesiti : Anak Saya Gemuk dan Obes! Apakah Diet Yang Disarankan?



Soalan yang mula-mula sekali diajukan oleh ibu bapa adalah – Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak saya adalah obes atau gemuk? Untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu mempunyai berat badan yang ideal, satu graf tumbesaran (growth chart) yang khas digunakan dan graf ini agak berbeza bagi bayi lelaki dan perempuan. Ini kerana kadar tumbesaran mungkin tidak sama untuk kedua-dua jantina. Graf ini selalunya boleh didapati di dalam buku imunisasi anak-anak. Oleh itu, berpandukan graf ini, kita boleh mencatatkan berat dan ketinggian anak dan daripada situ kita boleh merumuskan sama ada anak berada di tahap berat badan yang obesiti atau pun kekurangan berat badan.

Lu Hao masalah obisiti Anak Saya Gemuk dan Obes! Apakah Diet Yang Disarankan?

DIET YANG DISARANKAN

Pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, makanan yang berminyak dan makanan yang diproses atau makanan segera boleh menyumbang kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bagi bayi selalunya makanan seperti ini bukan masalah kerana mereka selalunya diberi bubur atau bijirin di samping susu badan atau formula. Namun kita tidak seharusnya mengajar anak-anak memakan makanan yang manis kerana ini akan menyebabkan mereka cenderung untuk memakan makanan yang tidak sihat.

PEMAKANAN SEIMBANG PENTING UNTUK ANAK

Pemakanan yang sihat dan seimbang merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Selain membekalkan tenaga, ia juga membantu perkembangan otak dan tumbesaran.

Tanpa pemakanan yang seimbang, perkembangan dan pembesaran anak-anak akan terjejas.
Pemakanan yang berlebihan dan tidak teratur juga mendorong ke arah kesihatan yang tidak baik dan lebih membimbangkan, kanak-kanak boleh menjadi obes.
Kebiasaannya, kanak-kanak obes cenderung membesar sebagai individu dewasa gemuk sekiranya pemakanan mereka tidak di kawal.

Golongan kanak-kanak ini juga mudah mendapat penyakit yang berbahaya ekoran berat badan mereka.

Pengarah Pusat Kajian Nutrisi Kanak-Kanak (CNRC), University of Queenland, Australia, Prof. Peter Davies berkata, ketidakseimbangan tenaga iaitu antara pengambilan dan penggunaan kalori banyak mempengaruhi keadaan itu.Tegas beliau, kekeliruan antara definisi dan fungsi gula juga memberi kesan yang mendalam kepada kesihatan kanak-kanak. “Sudah menjadi lumrah setiap ibu bapa untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. “Sebab itu, mereka perlu memahami dan mengetahui berkaitan dengan diet yang diperlukan oleh anak-anak,” katanya ketika di temui pada bengkel Fakta Mengenai Gula-Mana Yang Betul dan Mana Yang Salah, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Jelas beliau, ibu bapa sendiri perlu memahami dan mengetahui tentang pemakanan yang baik dan mengenali pilihan makanan yang sihat untuk anak-anak. Katanya, sekiranya kanak-kanak tidak mencapai keseimbangan antara pengambilan dan penggunaan kalori , berat badan mereka akan meningkat dengan ketara.

Malah berdasarkan kajian The American Journal Of Clinic Nutrision tahun lalu, dianggarkan 43 juta kanak-kanak prasekolah seluruh dunia mengalami permasalahan berat badan berlebihan.
“Keadaan ini sangat membimbangkan memandangkan kanak-kanak tersebut akan membesar dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan dan menyebabkan mereka membesar sebagai dewasa obes,” ujarnya.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil tahu setiap kandungan yang terdapat kepada makanan anak-anak kita bagi memastikan tubuh badan kanak-kanak menerima khasiat yang diperlukan.
“Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar, tindakan membiasakan anak dengan makanan manis sebenarnya akan menyebabkan mudah dijangkiti penyakit berbahaya. “Oleh itu, tindakan mengehadkan jumlah pengambilan gula tambahan dalam diet mereka sememangnya amat penting. “Memilih makanan yang padat dengan khasiat dapat memastikan tubuh kanak-kanak menerima keperluan sepatutnya yang diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. “Oleh itu, ibu bapa juga perlu sedar akan hakikat bahawa apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan untuk anak mereka,” katanya.



MAKANAN TAMBAHAN YANG DISARANKAN
Jadi apa yg boleh kita lakukan untuk pastikan anak cukup vitamin, zat mineral, kalsium, DHA dan protein selain dari pemakanan harian mereka? Ini mungkin untuk mereka! Pilihan yang lebih mudah, ringkas, semulajadi dan tiada perisa tambahan.
1. Meal Shake
2. Omega Guard
3. Chewable Vit-C Plus


*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...