Tuesday, 11 February 2014

Flying Drawbridge - Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands

Jambatan merupakan satu struktur yang dibina untuk menyeberangi jurang atau rintangan seperti sungai, landasan keretapi ataupun jalan raya..Namun, terdapat sebuah jambatan angkat yang sangat menarik telah di bina di Netherlands..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..




Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge), merupakan sebuah jambatan angkat yang beroperasi secara automatik sepenuhnya dan sering digelar sebagai "jambatan ekor".

Slauerhoffbrug, yang turut dikenali sebagai "Flying Drawbridge" oleh penduduk tempatan boleh diangkat dan diturunkan dengan cepat dan pantas hanya dengan menggunakan satu tiang penyokong struktur. 


Ia membolehkan pengangkutan air untuk berlalu dengan pantas dan pengguna kenderaan di darat dapat menjimatkan masa untuk menunggu. Dek jambatan angkat itu mempunyai ukuran 15 meter X 15 meter (50 X 50 kaki) dan diwarnakan dengan warna biru dan kuning sebagai mewakili bendera Leeuwarden.




Video:

video

Kredit To : Sochai
p/s: Bila la saya boleh melawat Belanda ni?... :) Moga dengan menjalankan bisnes Shaklee ini impian saya tercapai... Amin...

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...