Thursday, 13 February 2014

Asid Folik Mengelakkan Risiko Keguguran

Ibu Hamil Jangan Abaikan Asid Folik

Hari ini saya berpeluang untuk berkongsi dengan uols tentang kepentingan asid folik untuk ibu hamil.  Bagi yang merancang untuk hamil bolehla ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.

Ibu hamil jangan mengabaikan pengambilan asid folik. Wajib ambil asid folik untuk mengelakkan risiko keguguran.


kebaikan set ibu mengandung shaklee


Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).


Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.


Apa itu asid folik? 
  • Asid Folik adalah vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 
Mengapa asid folik penting?
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung terbentuk (anecephaly /encephalocele).
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi. Sumbing lelangit (cleft palate) Kecacatan pada jantung Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).

Bila asid folik perlu diambil? 
Sebelum mengandung Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 
Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan doktor adalah asid folik.


Siapa yang memerlukan asid folik? 
Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf


Sumber makanan yang mengandungi asid folik 
  • Hati ayam 
  • Daging, ayam, telur 
  • Kekacang 
  • Beras perang, barli, oat 
  • Sayuran hijau Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain ( buah sayur warna kuning.  

Kredit To : Maznifaeza

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...