Sunday 9 February 2014

Set Kesuburan : Untuk Suami & Isteri



Kredit To :


Artikel kali ini sangat istimewa iaitu tentang Testimonial Set Kesuburan Shaklee. Kenapa saya katakan istimewa? Ini kerana ianya melibatkan kakak ipar saya iaitu Puan Shuhaida Shuhaimi yang telah mengambil Set Kesuburan Shaklee dan mengikut panduan yang diberikan tanpa gagal.


Buat pengetahuan pembaca semua, saya dan kakak ipar saya berkongsi walimatulurus iaitu menyambut menantu dan kenduri kahwin kakak ipar saya dilangsung serentak.

Alhamdulillah, saya beroleh cahaya mata pertama pada tahun 2008 dan yang kedua pada tahun 2011. Namun Kakak Ipar saya menunggu selama 6 tahun untuk menimang anak. Sebenarnya Kakak Ipar saya pernah mengandung pada awal usia perkahwinan namun kandungan itu gugur kerana beliau terjatuh dari tangga ketika usia kandungan tidak sampai sebulan.

Pelbagai usaha telah beliau diikhtiar bersama suami tercinta termasuklah berjumpa Dr. Haron Din minta didoakan supaya dikurniakan zuriat. Soalan-soalan klise yang sentiasa bertanya “Bila lagi nak timang anak ni?”benar-benar menyebabkan beliau rasa cukup tersentuh. Kami tidak putus-putus berdoa agar beliau dikurniakan cahayamata.
Ternyata perancangan Allah SWT itu sangat baik, ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan Shaklee selepas menimang anak kedua pada tahun 2011. Ketika itu saya mengambil Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Justeru setelah mahir dengan selok-belok produk Shaklee, saya mencadangkan agar kakak ipar saya ini untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee. Beliau mula mengamalkan Set Kesuburan Shaklee ini pada bulan Januari 2012 dan  

ALHAMDULILLAH selepas 6 BULAN beliau telah pun disahkan hamil oleh doktor. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kehamilan, semasa berpantang dan pasca berpantang beliau mengamalkan set lengkap Shaklee seperti Set Kehamilan Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee. Hasilnya, beliau sentiasa bertenaga walaupun berpantang sambil menyusu anak. Pada bulan puasa baru-baru ini juga bekalan susu tidak pernah susut. Bahkan anak beliau, Damia Batrisya mempunyai kulit yang gebu dan sihat.
Berikut adalah screenshot testimonial beliau yang diletakkan di Facebook Celikvitamin.

testimonial set kesuburan shaklee1 Testimonial Set Kesuburan Shaklee
Terlebih dahulu terima kasih untuk adik ipar saya Adilah Manaf Celikvitamin kerana memperkenalkan produk shaklee kepada saya. Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami. Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan. Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap. Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian…
Sekiranya anda yang membaca artikel ini mempunyai kisah yang sama dengan kakak ipar saya, saya mencadangkan anda untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini. Insha-Allah saya akan membantu anda sedaya upaya dengan konsultasi berterusan dan janganlah anda berputus asa. Percayalah. Allah SWT mempunyai perancangan yang terbaik untuk hambaNya yang bersabar. Jangan Pernah Putus Asa Bakal-Bakal Ibu Di Luar Sana!

Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya untuk konsultasi dan produk kesuburan Shaklee ini.


*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...