Betul ke minum air kosong boleh kurus? Ada juga yang kata kegemukan disebabkan oleh air. Mana satu yang tepat? Disini terdapat beberapa info yang perlu kita ketahui tentang Fungsi air dan pengambilan air yang mencukupi mengikut keperluan badan seseorang.
Fungsi air di dalam tubuh:
- Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
- Memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
- Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
- Pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
- Bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
- Melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum?
Cuba guna formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.
1.Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus
adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari,
maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua
jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan
tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai
proses di dalam tubuh sepanjang hari.
2.Jadikan rutin meminum air setiap
setengah jam sebagai amalan.
3.Selain itu, minum segelas air antara waktu
makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain
dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan
rasa lapar.
4.Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas
setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum.
- Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak.
- Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan.
- Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak.
5.Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa
dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat
bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan
menerusi perpeluhan.
Sudah mencukupi atau belum pengambilan air?
Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi
atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna
bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya air
kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah
air masih belum mencukupi dan perlu ditambah.
KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan
sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan
kelebihan-kelebihan iaitu:
- Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
- Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
- Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
- Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
- Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
- Minda yang ceria dan emosi stabil.
INFO:
Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan
jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan
elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik
atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.
No comments:
Post a Comment