Tuesday, 8 April 2014

Vitamin Shaklee Mahal. Betul atau Tidak?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Bagi orang yang tak biasa ambil supplement atau memang tak pernah ambil tahu tentang supplement, bila buat keputusan untuk ambil supplement..perkara pertama yang biasa orang akan survey adalah harga dan kualiti vitamin. Sedia maklum, bila masuk farmasi..macam-macam jenis vitamin ada. Daripada yang paling mahal hinggalah yang paling murah. Kemudian, bagi yang tak biasa makan vitamin dan nak berjimat-jimat ni akan ambil yang murah sebab nak berjimatlah katanya...

Dalam entry ini, erna nak kongsi dengan anda semua yang vitamin Shaklee ni bukanlah mahal seperti yang di sangka. Kualiti? Ye..erna akui. Vitamin Shaklee adalah produk berkualiti tinggi dan harga adalah harga mampu milik. Bestkan? Kualiti tinggi. Harga mampu milik. Kiranya vitamin shaklee ni adalah vitamin mewah. Haaa...meh erna terangkan lebih lanjut lagi dibawah ini.

Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tu nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...tapi, pernahkah anda terfikir mengapa vitamin shaklee ini masih menjadi pilihan erna? Menjadi pilihan ramaiiii orang di luar sana?

Perlu anda ketahui, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa sebarang pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Adalah penting untuk anda yang mengambil vitamin tahau perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:
1. Penghasilan
-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.
-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan
-Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga
-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan
-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang
-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Ok, dibawah ini pula antara yang selalu disurvey oleh kebanyakkan orang sebelum membeli vitamin. Harga! Jom kita lihat, mahal ke vitamin Shaklee ni?

B COMPLEX (RM52.00)
Contohnya B complex, harga retail RM52. Jika dihitung, RM52 / 4 bulan (120 biji) = RM 13 sebulan!

VITAMIN C CHEWABLE (RM36.00)
Bagaimana pula dengan vitamin c yang menjadi kegilaan ramai tu? Vitamin c chewable berharga RM36 dan mengandungi 90 biji sebotol. Kanak-kanak hanya memerlukan sebiji sehari pengambilan. Sebulan hanya memberi kos sebanyak RM12 Sahaja! Sekiranya dibandingkan dengan vitamin c yang banyak terdapat di pasaraya & farmasi, ada yang berharga RM30 untuk sebulan sahaja. MAHALKAH SHAKLEE?

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
Harga runcit = RM92 (180 biji/botol)
Penggunaan selama 6 bulan
Satu hari = RM92/180 = 51 sen
Hanya 51 sen untuk memberi khasiat Vitamin C bersamaan dengan tujuh setengah biji oren!
Haaaaaa!! Siapa kata produk Shaklee mahal. Jimat dan berbaloi kan? Cuba anda kira untuk produk-produk lain pulak. Dan harus diingat kandungan produk Shaklee semulajadi melebihi kandungan vitamin lain.

ZINK KOMPLEKS (RM33.00)
Pernah diceritakan oleh seorang rakan pengedar shaklee, pelanggan dia mahukan set kesuburan memberitahu bahawa sebelum ini beliau mengambilan suplemen zink yang disyorkan oleh doctor setelah membuat pemeriksaan kesuburan. Harga sebotol zink tersebut adalah RM150 untuk 60 biji dan memerlukan pengambilan 2 biji sehari. Ia membawa maksud bajet sebulan beliau adalah RM150 untuk suplemen zink sahaja.
Tahukah anda zink kompleks Shaklee cuma berharga RM33 untuk 120 biji sebotol? Jika inginkan set kesuburan lelaki yang terdiri daripada zink dan vitamin E, kos kedua-duanya adalah RM178.00 untuk 2 jenis suplemen yang mampu bertahan sehingga 4 bulan! Bukan sahaja anda dapat 2 jenis suplemen untuk harga yang hampir sama, malah bajet anda jimat sehingga 4 bulan!

MAHAL KE? MAHAL TAK? 
Oh.. itu belum lagi jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Selain mendapat harga yang istimewa, pelbagai lagi kelebihan yang anda akan nikmati!
Renung-renungkan.. dan bijaklah dalam membuat keputusan. 

Kredit To : Erna



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...