Saturday, 12 April 2014

Hebatnya Fadhilat Tahajjud : Mufti Ismail Menk

Daku Amat Menyintai Mu

Daku Amat Menyintai Mu


SETELAH kita sempurna menjaga solat 5 waktu yang fardhu ada beberapa lagi solat yang walaupun hukumnya sunat bukan fardhu tetapi sangat-sangat dituntut untuk umat Islam mengerjakannya saban hari di sepanjang hayat, iaitu solat Dhuha, Witir dan Tahajjud.

Solat Tahajjud ini memang sangat 'POWER'. Nampak macam mudah untuk kita melakukannya tapi sebenarnya sangat berat. Berat kerana melawan hawa nafsu yang sedang 'sedap' dipembaringan empuk ataupun dikuasai oleh rasa mengantuk atau malas.

Solat Tahajjud paling kurang hanya 2 rakaat sahaja, paling baik antara 8-10 rakaat. Iaitu 8 rakaat Tahajjud + 3 rakaat Witir = 11 rakaat ataupun 10 rakaat Tahajjud + 3 Witir = 13 rakaat. Walaupun tiada batasan rakaat sebenarnya. Kalau rajin buat sampai beratus-ratus rakaat pun tak apa, tentu kebaikannya akan diperolehi oleh sesiapa yang mengerjakannya.

Itu jika belum mengerjakan Witir sebelum masuk tidur, jika sudah mengerjakan Witir tidak perlu lagi buat Witir kerana tiada 2 Witir dalam satu malam.

Setiap solat yang dikerjakan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Taala dan dikerjakan dengan sempurna wuduknya, syarat sahnya, rukunnya serta sempurna fi'li (perbuatan), qauli (ucapan lidah) dan qalbi (hubungan hati) pastinya diterima Allah s.w.t.

Solat Tahajjud ini bagi orang lelaki, paling baik dikerjakan sampai terus pergi ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Dalam waktu pukul 4.30 pagi, waktu sesuai untuk bertahajjud dan selesai sebelum masuknya waktu solat subuh dan terus pergi ke masjid.

Sesuaikan masa bertahajjud dengan perubahan masuknya waktu solat subuh yang ada kalanya sebelum pukul 6 pagi dan ada kalanya pula selepas 6 pagi. Agar Tahajjud kita dapat solat Subuh secara berjamaah pun kita dapat. Fuh! memang sangat² 'cantik' la.

Di bawah ini 3 petikan ayat al Quran dari 3 surah yang berbeza tapi isinya sama iaitu tentang mengerjakan solat Tahajjud dan ganjarannya jika kita istiqamah mengerjakannya :

1) Sebagai solat tambahan dan dibangkitkan di akhirat di tempat yang terpuji.

Daku Amat Menyintai Mu

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Israa : 79)

2) Memperolehi nikmat yang tiada siapa mengetahuinya (dalam rahsia Allah).

Daku Amat Menyintai Mu

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (As-Sajdah : 16-17)

3) Lebih kuat kesannya kepada jiwa dan lebih betul bacaannya.

Daku Amat Menyintai Mu

Wahai orang yang berselimut!.

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzammil : 1-6)

Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang sedar, tahu dan merebut peluang sementara masih muda atau tubuh masih sihat ini untuk melakukan amal-amal soleh, di antaranya istiqamah mengerjakan solat Tahajjud. Seterusnya memperolehi 'janji' Allah s.w.t kepada sesiapa yang mengerjakannya. Juga sebagai bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya yang pasti akan tempuhi. sama ada mahu atau tidak.

Biografi

MUFTI Ismail Menk, dilahirkan di Harare, Zimbabwe di selatan Afrika. Beliau mula menghafal al Quran pada usia sembilan tahun dan khatam pada usia dua belas tahun. Beliau belajar Bahasa Arab, Urdu dan Mazhab Hanafi sejak dari usia muda lagi dengan bapanya Maulana Muhammad Musa Menk. Bapanya dari India yang menamatkan pengajian di Mazahir Uloom Saharanpur, India, merupakan salah seorang anak murid Sheikhul Hadis, Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Kandhalawi (Rahmatullahi alaihi) pada lewat 1950-an.

Daku Amat Menyintai Mu
Mufti Ismail Menk
Kemudiannya Mufti Ismail Menk belajar di Universiti Islam Madinah, di mana beliau menamatkan ijazah dalam bidang Syariah pada mazhab yang empat. Selepas itu beliau menyertai Iftah (Mufti) jabatan Darul Uloom Kantharia di Gujarat, India dan lulus di bawah Mufti Ismail Barkodrah pada akhir tahun 1999.

Semenjak itu, Mufti Ismail Menk aktif dalam pengajaran dan syarahan di banyak negara termasuklah di Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Imam bagi Masjid terbesar di Harare.

Syarahan Mufti Ismail Menk telah menarik perhatian ramai orang. Terdapat banyak syarahan beliau diupload ke You Tube. Video dibawah ini adalah salah satu di antaranya :


Mufti Ismail Menk, seperti ramai sarjana Islam yang lain, tidak menggalakkan penggunaan Facebook secara umum melainkan jika ia adalah sangat ketat dalam had rangka kerja yang ditetapkan Islam. Untuk menggunakannya dengan tujuan menyebarkan dan menggalakkan sesuatu kebaikan hanya akan diterima jika ia dilakukan dengan tegas dan penuh hormat.

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...