Wednesday, 16 April 2014

PANAS….Wardina Dakwa Dakwah Ustaz Don Daniyal Biyajid Tidak Sahih – Berasaskan Sumber Mistik



www.mynewshub.my

Wardiya Saffiyah melalui akaun Facebook miliknya meminta para alim ulamak dan pihak televisyen Al Hijrah agar segera menyemak kembali segala kata-kata dan ilmu yang disampaikan pendakwah, Ustaz Don Daniyal Biyajid yang didakwanya banyak unsur rekaan dan bersumberkan kejadian-kejadian mistik yang tidak dapat disahkan.

Beliau mendakwa, masyarakat disogok dengan sumber cerita yang tidak mempunyai rujukan.

“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya,” katanya dalam status yang dimuat naik semalam.

Stesen berkenaan menyediakan slot 30 Minit Ustaz Don.

www.mynewshub.my

Wardina juga menyeru para ulamak dan mufti juga menyemak kembali segala dakwah Don Daniyal selama ini.

Wardina berkata, Islam bukan agama mistik dan ia berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah.

www.mynewshub.my

Beliau juga dalam statusnya turut memuatkan video yang memperlihatkan koleksi video bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Penyelewengan Don Daniyal

Sumber : Mynewshub


Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...