Monday, 7 April 2014

6 Kebaikan Coklat Untuk Kecantikan Kulit


Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapi kecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan. Ini kerana coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.

Berikut ini beberapa manfaat coklat untuk kecantikan kulit.

1. Scrub
Anda boleh menggunakan serbuk coklat dengan susu serta yoghurt untuk membuat scrub. Scrub ini dapat membersihkan dan mencerahkan kulit dan mengganti sel kulit mati. Aplikasikan scrub coklat ini pada wajah dan leher yang basah. Oleskan scrub searah jarum jam atau berlawanan selama 10 minit. Lalu biarkan selama 5 minit dan basuh dengan air dingin.

2. Anti-ageing
Kita semua tentu tak ingin ada garis halus terlihat pada wajah. Dan ternyata coklat juga bermanfaat untuk melawan penuaan kulit. Dark chocolate mengandung flavonoid yang meningkatkan keanjalan kulit dan mencegah penuaan. Lelehkan coklat dalam susu lalu sapukan pada kulit. Lakukan dua atau tiga kali dalam seminggu untuk mencegah munculnya garis-garis halus.

3. Pencerah kulit
Manfaat coklat bagi kecantikan yang paling dikenal yaitu untuk facial. Coklat yang lazat itu dapat mencerahkan kulit. Anda boleh mencampurkan serbuk coklat dengan susu, madu, dan oatmeal. Aplikasikan pada wajah dan leher. Lalu dibiarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air dingin untuk dapatkan kulit yang segar, bersih, dan cerah dalam beberapa minggu.

4. Detoksifikasi kulit
Coklat apabila dicampurkan dengan kafein akan menjadi produk kecantikan terbaik untuk detoksifikasi kulit. Sapukan kulit dengan campuran coklat dan kafein itu untuk membersihkan kulit yang berminyak dan kusam.

5. Penggelapan kulit
Kerosakan kulit sering kali terjadi akibat terpaan sinar matahari. Lindungi kulit dari sinar UV dengan mengaplikasikan coklat. Komposisi kecantikan ini mengandung flavonoid dan antioksidan yang melembutkan dan mencegah penggelapan kulit.

6.Gel mandian coklat juga boleh dihasilkan sendiri dengan cara mendidih gelatin kosong bersama syampu badan sehingga kedua-duanya sebati sebelum serbuk koko atau minyak koko ditambah ke dalam bahan tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama empat jam sebelum digunakan.

Hah apa lagi selain lazat dimakan ia juga boleh bagi kulit cantik. Tapi ingat makan coklat jangan berlebihan takut nanti ada yang dapat penyakit lain plak.

Selamat mencuba!

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...