Friday, 18 April 2014

Jenis-Jenis Kufur Dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t

Kufur kepada Allah
InshaaAllah hari ini nak berbincang pasal Kufur.Kufur merupakan salah satu perkara yang boleh menyebabkan Aqidah seseorang tidak sah.InshaaAllah sesama memperbaiki diri.Memuhasabah diri kerana diri ini tidak terlepas daripada melakukan Doa.Ingat akan satu hadis Rasulullah S.A.W:

"Setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan,Dan pesalah yang paling baik adalah mereka yang bertaubat"

 Kufur bermaksud rasa tidak percaya akan Allah dan ajaran yang telah diperintahkan oleh Allah adalah cara yang berkesan dalam kehidupan seseorang.Mereka yang mempunyai perasaan sebegini menyimpang jauh daripada jalan yang sebenarnya.Bercakap pasal kufur,secara umumnya ianya boleh terjadi dalam banyak sitausi antara kufur dalam kepercayaan kita,kufur dari segi perbuatan dan kufur dalam percakapan.Kufur juga terbahagi kepada dua iaitu minor kufur(Kufur kecil) dan Major kufur(Kufur besar).

MINOR KUFUR(KUFUR KECIL)

-Kufur kecil bermakna kufur dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan.Dalam hidup ini pelbagai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua.Kekadang disebabkan tiada rasa syukur dengan nikmat tersebut ianya boleh membaca kepada kufur.Sebagai contoh,Allah telah mengurniakan kita dengan sifat-sifat yang lengkap.Kita mempunyai 2 pasang mata,satu mulut dan satu hidung.Tiada sebarang cacat celanya.Tetapi disebabkan kekufuran itu sesetengah orang sanggup mengubah nikmat Allah ini dengan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik.Ini merupakan salah satu contoh kufur kecil.

MAJOR KUFUR(KUFUR BESAR)
Dalam major kufur kita boleh pecahkannya kepada 13 jenis.Kufur inilah yang paling bahaya sehingga lari daripada Aqidah yang benar.

1] KUFUR AL-INAD
-Ianya membawa maksud kekufuran disebabkan kedegilan yang ada dalam diri.Kufur ini merujuk kepada seseorang yang tahu sesuatu kebenaran itu dan mengaku mengetahuinya dengan lidah tetapi dalam hati menolak segalanya.Sebagai contoh,Seseorang yang mengetahui dan mengakui solat adalah perkara yang wajib dilakukanya tetapi dalam hati mereka menolak dan tidak menunaikan solat sebagaimana diperintahkan.

2] KUFUR AL-INGKAR
-Kufur ini lebih merujuk dengan orang yang bukan islam.Ianya bermaksud kekufuran disebabkan penafian.Mereka menafikan setiap apa yang diperintahkan oleh Yang Maha Esa.Mereka juga bukan sahaja tidak mengakui dengan lidah tetapi hati mereka juga menolak kekeras-kerasnya.Contoh yang paling mudah ialah Firaun.Firaun sebenarnya mengetahui kewujudan Allah dan mengetahui Allah lah yang mencipta segala-galanya.Tetapi disebabkan kekufuran itu dia mengakui dialah Tuhan dan menafikan Allah sebagai Tuhan sekalian alam.

3] KUFUR AL-KIBR
-Kekufuran disebabkan rasa bangga dan kesombongan.Bilamana merasakan diri sendiri lebih baik dan sempurna.Contohnya yang paling mudah,kisah Iblis bilamana Allah memerintahkan iblis sujud kepada Nabi Adam.Disebab kesombongan iblis dia menolak untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.Iblis berkata: "Aku diciptakan daripada Api dan Adam hanya diciptakan daripada tanah.Aku lebih mulia daripadanya.Mengapa aku perlu sujud kepadanya?".Bertapa sombong Iblis.

4] KUFUR AL-JUHUD
-Kekufuran disebabkan penolakan.Ianya merujuk kepada seseorang yang tahu kebanaran dalam hati tetapi menolak dengan lidah mereka.Contohnya,melalui kisah Abu Thalib.Bapa saudara Nabi saw.Dia mengetahui bahaya ajaran Islam disampaikan oleh Rasulullah adalah benar tetapi menolak kerana terbiasa dengan anak nenek moyang.Sehinggakan di akhir hayatnya,dia tetap tidak mahu untuk menerima Islam.

5] KUFUR AL-NIFAQ
-Kekufuran disebab oleh sikap hipokrit.Merujuk kepada seseorang yang luarannya menzahirkan keislaman tetapi di dalam hati tidak percaya dengan islam.Seseorang yang ada sikap sebegini dipanggil munafik.Contohnya,seseorang yang menasihatkan orang lain untuk melakukan benda baik contohnya sembahyang tetapi dalam hati mereka menolak dan tidak sembahyang.

6] KUFUR AL-ISTIHLAL
-Kekufuran disebabkan bukan untuk menjadikan seseuatu yang haram menjadi halal.Benda yang haram yang jelas-jelas dikatakan oleh Allah haram contohnya arak.Tetapi mereka cuba untuk menghalalkan arak itu.Contohnya,kumpulan Blackmetal mereka menghalalkan arak untuk diminum tetapi hakikatnya adalah Haram.

7] KUFUR AL-KURH
-Kekufuran disebabkan membenci arahan yang ditetapkan Allah.Contohnya yang mudah,mengenai konsep poligami.Allah telah menyatakan lelaki dibolehkan untuk berkahwin 4.Kufur ini terjadi bilamana seorang perempuan membenci  dan menolak konsep poligami ini.Mungkin susah untuk diterima tapi janganlah membenci dan menolak kerana boleh dikategorikan sebagai kufur al-kurh.

8] KUFUR AL-ISTIHZA'
-Kekufuran disebabkan mempermainkan sesuatu hukum.Dalam erti kata lain mengejek-ejek.Contohnya,mereka yang makan di depan khalayak ramai sewaktu bulan Ramadhan.Tindakkan mereka ini seolah-olah mempermainkan hukum Allah.Contoh yang lain,mengenai menutup aurat.Seorang wanita yang memakai tudung tetapi dalam masa yang sama memakai pakaian yang mencolok mata sehingga menampakkan bentuk tubuh badan mereka.

9] KUFUR AL-I'RAD
-Kekufuran disebabkan pengelakkan(mengelakkan diri).Contoh,seseorang islam yang tidak tahu mengenai agama seperti cara nak sembahyang tetapi mengelak untuk mempelajarinya.Sebegitu juga dengan muallaf yang baru masuk islam tetapi mengelak untuk mendalami Islam.

10] KUFUR AL-ISTIBDAL
-Kekufuran disebabkan cuba untuk mengganti undang-undang Allah.Ianya boleh berpecah kepada tiga iaitu yang pertama menolak hukum Allah tetapi tidak menafikannya.Kedua Menolak dan menafikan hukum Allah.Dan yang ketiga menggantikan hukum Allah dengan undang-undang dibuat oleh manusia.

11] TAKZIB
-Merujuk kepada mereka yang menafikan kebenaran.Contohnya,tidak percaya adanya syurga dan neraka.

12] AL-SHAQQ/AL-ZANN
-Seseorang yang mempunyai sifat ragu-ragu.Contohnya ragu-ragu akan tibanya hari kiamat yang dijanjikan oleh Allah swt.

13]KUFUR AL-RIDDAH
-Kufur disebabkan keluar daripada Islam.Contohnya,kes Lina Joy yang mengistiharkan dirinya keluar daripada Islam untuk bersama dengan agama kristian.
 
Kredit To : Duniakita94

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...