Thursday, 17 April 2014

Gambar : Feri Tenggeleam, Lebih 300 Penumpang Hilang


Belum pun dunia dapat merungkai misteri kehilangan MH370 ,sekali lagi dunia di kejutkan dengan berita sebuah feri yang tiba-tiba tenggelam di korea selatan.Feri tersebut yang membawa lebih 400 penumpang kebanyakan nya adalah pelajar sekolah yang sedang menuju ke pulau Jeju.




Pihak kerajaan korea selatan berkata ketika operasi menyelamat dilakukan 95 peratus badan feri telah tenggelam.Seorang wanita berusia 27 tahun bernama Park Ji -yeong dan pelajar sekolah tinggi Jeong Cha Woong adalah di antara penumpang yang disahkan mati.


Saudara mara penumpang yang marah dan kecewa dengan pihak kerajaan yang dikatakan lambat memberi bantuan mula melakukan protes dan ada yang cuba menyerang perdana menteri korea selatan dengan membaling botol air kepadanya.Mereka juga begitu terdesak hingga sanggup menyewa bot untuk mencari anak mereka.



Berpuluh-puluh bot, helikopter dan penyelam cuba untuk menyelamatkan beratus-ratus penumpang.setakat ini hanya 164 orang telah diselamatkan , jumlahnya mungkin akan meningkat.






#Sedihnya..ada anak kecik pulak kat dalam tu.. #PRAYFORSOUTHKOREA

Sekian..


Kredit To : dianarashid

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...