Thursday 24 April 2014

Kelebihan Surah Al-Kahfi




www.ummudd80.blogspot.com

Selain dari rutin measyarakat Melayu mengamalkan surah Yasin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan untuk bacaan pada Hari Jumaat (bermula selepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang surahnya agak panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yasin.

Hidup di akhir zaman penuh dengan fitnah hingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah. Semoga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

"Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (HR Hakim)

"Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda "Sesiapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari Kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR Ibnu Katsir)

Mari kita sama-sama amalkan.

Kredit To : Dijahas

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...