Thursday, 10 April 2014

Botol Susu Anak Tahan Berapa Lama?

Botol susu anak2 saya takde expired date. Sebab anak2 saya tak pakai botol susu  :)




Aien dah nak masuk 6 tahun, dia minum 'MILO' -- nama panggilan untuk susu + vico + meal shakes + madu dalam cawan sejak umur 2 tahun. Sebelum2 tu ada la dia pakai botol masa saya masih bekerja.

Anieq pulak mana ada perkataan "botol susu" dalam kamus hidup dia sebab 24/7 direct feeding kat breastaurant ummi yg sangat lazat ni sejak lahir dulu. Hehe.. sekarang umur nak masuk 2 tahun 4 bulan dan masih breastaurant original inilah botol susu feveret dia ;)

Bagi anda yg mempunyai anak-anak yg masih menyusu botol, jom saya kongsikan info ni:

Pernah tak terfikir botol susu yang kita pakai untuk anak2 kita berapa lama jangka hayat dia? Atau ingat boleh pakai botol tu sampai bila2..? sampai dah tak boleh guna.
Bila baca pasal jangka hayat botol susu barulah sedar bertapa BAHAYAnya botol susu yang dah pakai LEBIH DARI 3 BULAN!! tambah lagi yang ada calar kat bahagian dalam botol.. kesan calar ni akan mengeluarkan toksid dan membahyakan anak kita... Kalau yang BPA Free tu pun bleh tahan 6 bulan je..apatah lagi yang lain-lain tu...

Bisfenol A (Bisphenol A) -- BPA
Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan:

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan:

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA:

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.

Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.

Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).

Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.

Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

Tips Elak BPA pada botol susu anak anda:

Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan xperlu risau tentang BPA). Atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dlm masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat.

Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.

Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.

Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol anak anda.

Kredit: Baby Comel

 Keselamatan diri kita adan anak-anak adalah yg paling utama!

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...