Wednesday, 23 April 2014

Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan

Tadi sempat godek-godek FB saya dari tahun 2012. Tahun itu seingat saya memang tahun yang sangat mencabar fizikal, minda dan emosi saya. Mungkin pada umur saya masa tu dan situasi menyebabkan saya tak mampu nak uruskannya dengan baik. Masa tu;

1. Ada anak kecil bawah 1 tahun. Dan abang berumur 4 tahun
2. Terpaksa balik lewat setiap hari, keluar pun awal.
3. Mesyuarat dan aktiviti kerja mesti kena marah/belasah minda
4. Jiwa kacau, tertekan, masalah keluarga sebab saya kerja lebih masa

Semua tu hanya memberikan tekanan kepada saya. Kemuncaknya pada awal tahun 2013 saya menulis surat berhenti kerja kepada majikan saya walaupun pada ketika itu saya tidak punyai apa-apa backup plan. (Backup plan baru nak plan).

Bila dah submit surat berhenti memang minda dan emosi rasa sangat tenang, seumpama melepaskan suatu beban yang sangat berat. Tetapi saya tarik balik surat berhenti itu atas permintaan bos saya, itu pun sebab saya dialihkan tanggungjawab tidak lagi mengepalai projek tersebut, sebaliknya hanya mengetuai skop-skop yang lebih kompleks di dalamnya.

Bukan perihal berhenti kerja yang ingin saya fokuskan. Tetapi adalah kepentingan adanya backup plan dan apakah turning point?

Turning Point

Ini bukan air turn back ya, ini turning point. Dalam hidup, mesti ada satu situasi yang menyebabkan kita berpaling daripada landasan asal kita. Situasi yang menyebabkan kita berfikir semula, apakah sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup? Asyik bekerja sehingga melalaikan anak-anak? Duit yang banyak?

Ya saya mahukan duit yang banyak, tetapi saya mahukan masa kualiti dengan anak-anak saya. Saya mahukan kebebasan kewangan dan saya mahukan pendapatan pasif. 


Ketika itulah saya tersedar bahawa perlunya saya ada perancangan rapi untuk bekerja sendiri. 

Backup Plan

Ini bukanlah macam cerita Backup Plan lakonan JLo, sebaliknya adalah backup plan sekiranya apa-apa berlaku kepada current majikan kita. Ini pun menjadi salah satu perhatian saya, sebab kata orang syarikat ni takkan sayangkan kita bila kita sakit. Tak tahu la betul ke tidak, tapi selagi kita sekadar pekerja, selagi itulah kita kena hati-hati. 

Shaklee menjadi pilihan

Sejak itu memang saya mencari-cari bidang yang akan menjadi pilihan saya. Salah satunya Shaklee. Ini pun sebab saya memang pengguna Shaklee dan saya memang tak tahu langsung Shaklee ni mampu membayar pengedarnya dengan SANGAT BANYAK okey! BANYAK! Bila saya dah serius betul dengan Shaklee baru saya tahu ada pengedar yang dibayar sebanyak RM1juta sebulan. Milionarie gitu.

Matlamat saya cuma ingin menjadi WAHM, mempunyai masa kualiti dengan anak-anak dan keluarga disamping menjana pendapatan lumayan, membantu masyarakat lebih sihat dan bahagia serta membantu dakwah dan perjuangan Islam. Semoga Allah kabulkan hasrat ini. 

Anda pula bagaimana?

Apakah turning point anda? Apakah backup plan anda? Bahagiakah anda sekarang? Hubungi saya untuk saya bantu anda.


Pendapatan Tambahan | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
Masa depan anda ditentukan oleh tindakan anda hari ini, bukan esok. Jangan lengahkan

Kredit To : Raihanah



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...