Tuesday, 8 April 2014

Omega Guard Makanan Penting Untuk Perkembangan Otak Bayi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
DHA dan EPA adalah asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan manusia.
Kepentingan Omega-3: Sangat diperlukan untuk perkembangan otak, sistem saraf dan mata. Omega-3 banyak terkandung pada mata dan retina kita. EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan.
MENGAPA PERLU DIMAKAN TERUTAMANYA OLEH IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU:
  • Omega 3 tidak boleh dibuat oleh tubuh badan
  • Perkembangan otak dan retina berlaku khasnya semasa trimester kedua dan ketiga, dan sehingga 18 bulan hidup bayi.
  • Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan yang lebih tinggi omega-3 bolehmengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  • Sekiranya Omega-3 tidak mencukupi, asid lemak akan diserap dari tubuh badan siibu yakni otak dan mata.
  • Kekurangan yang berpanjangan akan memberi kesan kepada perkembangan bayi (termasuklah bayi dalam kandungan)
  • Kebanyakkan Ibu mengandung tidak dapat memenuhi keperluan harian omega - 3 kerana tidak digalakkan untuk memakan makanan sumber laut termasuk ikan lebih dari 2 kali seminggu kerana dikhuatiri kandungan bahan cemar seperti merkuri tinggi.
Kesan pendedahan merkuri terhadap janin ialah:-
  • boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak, melambatkan berjalan dan bercakap, memendekkan tahap tumpuan dan menyebabkan masalah pembelajaran. 
  • Kepada bayi pula pendedahan kepada merkuri boleh menyebabkan kecacatan mental, pekak dan buta.
Cadangan Pengambilan Omega 3 oleh ibu mengandung dan menyusu:-

Hanyalah sekitar 200 - 300 mg sahaja. Namun dicadangkan juga untuk mengambil sumber omega seperti minyak sayuran dan makanan laut seperti ikan yang mengandungi bahan cemar rendah. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplimen Omega 3. 
Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang kita mesti jauhi.Atas sebab ini suplimen Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.
Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega 3. Suplimen Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama skali dihapuskan.
Bagi ibu2 yang mencari produk omega-3, pilihlah minyak ikan yang terbaik. Mengapa OmegaGuard Shaklee menjadi pilihan erna dan mengamalkan Omega Guard Shaklee sepanjang kandungan kedua ini ? 

Apabila seorang bayi menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran yang lebih cepat dan perkembangan intelektual yang lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan. (Metro Ahad, 1 Disember 2013)

Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
*Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi *
• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak.
•Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.
 

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim



Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...