Wednesday, 12 February 2014

Bagaimana Anda Layan Ibu Anda

layan ibu dengan baik

Entri ini ditujukan khas untuk para pembaca yang ibunya masih hidup.

Tidak rugi berbuat baik sebaik-baiknya pada ibu sekerap mungkin selagi hayatnya masih ada. Layanlah kegembiraan ibu dan cuba penuhi kesukaannya.

Ramai di kalangan kita yang berjauhan daripada ibubapa di kampung, lalu itu dijadikan alasan untuk balik hanya sekali dalam tempoh setahun. Itupun tergesa-gesa dalam kesibukan mahu melayan semua orang.


Kenapa tidak balik sebulan sekali khas diperuntukkan untuk ibu tercinta sahaja agar kita dapat melayannya sebaik mungkin hanya untuk dirinya. Tentu ada yang jawab banyak kerja, kos tinggi, komitmen keluarga dan berbagai lagi alasan.

Bayangkan situasi ibu masuk ICU

Semua orang sibuk, nak balik kampung ke Pulau Pinang dari bandar seperti KL umpamanya makan masa 4 jam. Itu tidak masuk lagi segala kos yang perlu dikeluarkan sepanjang perjalanan. Oleh itu kita terperangkap dengan alasan cari duit dan bersikap tak apa.

Seandainya tiba-tiba, dalam kesibukan yang cukup tinggi, kerja teramat penting perlu dilaksanakan dan ganjaran besar sedang menanti, anda mendapat berita ibu masuk ICU!!!, apa yang dilakukan saat itu?

Semua boleh jawab dengan mudah. Tinggalkan semua urusan dan terus balik kampung tanpa perlu fikir panjang. Apa nak berlakupun biarlah asalkan kita boleh sampai melihat ibu.

Ingat! di saat itu ibu tak sedar kepulangan anda, dia bergelut dengan kesihatannya, dia entah akan sedar entah tidak. Hanyalah Allah saja yang mengetahuinya. Maknanya samada anda ada di situ atau tidak lebih kepada mengelakkan apa orang lain nak kata, bukannya nak bermesra dan menyatakan kasih sayang pada ibu.

Jika anda boleh buat begitu dengan tinggalkan semua urusan ketika saat genting, kenapa dirasakan saat ketika ibu sihat, mengharapkan kepulangan anaknya tidak di anggap lebih penting daripada di kala dia nazak bergelut dengan kesihatannya? Anda fikirkanlah sendiri.






Pengalaman layan ibu sampai orang menangis

Ada sekali bawa ibu pergi makan di sebuah restoran. mak memang tak suka makan di kedai, kalau tak kena gaya, kalau kedai tak bersih atau masakan bau belacan kuat, dia tak akan makan.

Kebetulan kedai yang dibawa tak berapa nampak macam rupa kedai, sebab ia sebenarnya bekas sebuah rumah di tepi jalan yang ditukarkan menjadi kedai. Makanannya segar, kawasannya bersih dan kedai lapang dikelilingi halaman pasir putih. Mak seronok tengok kedai itu dan terasa mahu makan di situ.

Bila mak nak makan saya ambil pinggan nasi untuknya, saya pegang dan bawanya tunjuk lauk satu persatu, mana yang mak berkenan saya tolong ambilkan, lama menunggu mak buat pilihan, tak kisah asalkan mak bahagia.

Selesai semuanya saya bawa makanan untuk ditunjukkan pada taukeh kedai seorang wanita berumur dalam lingkungan pertengahan 40-an. Bila sampai di depannya meja kiranya saya melihat dia merah mata dan air matanya meleleh deras di pipi.

Saya terkejut tapi hanya diam saja, buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kakak itu melihat saya dan bertanya, "Itu Mak ka?".

"Ya!, kenapa kak?", jawab saya sambil mengajukan pertanyaan.

" kakak tengok adik layan mak tadi dari mula sampai habis, sayang, mak kakak dah meninggal, kakak sayang kat dia, kakak nak buat macam mana adik layan kat mak tadi...", dia terus menangis sambil menulis harga pada sekeping kertas kecil dan memberikannya pada saya.

Saya hanya diam dan rasa bangga. Tak sangka pulak apa yang saya buat nampak besar di mata orang yang sudah kehilangan maknya. Ini maklumat dan ilmu baru buat saya amalkan dengan perkara yang lebih baik lagi.




Bagaimana layan ibu yang dah tua


  • Kerap menziarahi dia sekerap mungkin. Kalau berjauhan cuba seminggu sekali, atau dua minggu sekali. Sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  • Luangkan masa yang lama bersamanya di rumah. kalau boleh reserve masa untuk ibu dari pagi sampai selesai makan tengahhari selepas zohor. Bersembang dengannya, dengar ceritanya pandang mukannya.
  • Jangan bantah cakap ibu walaupun pandangannya salah. Ibu mungkin tertinggal maklumat berbanding kita. Pemahamannya mungkin berbeza dan tidak sesuai. Dengar dan senyum, jika tak perlu biarkan saja dengan dengar dengan berfikiran terbuka. Jika perlu beritahu perkara sebenar sebaik mungkin agar dia tak kecil hati.
  • Tak perlu bantah jika dia ajar cara sepatutnya nak ajar anak. Banyak yang amalan ibu ajar kita dahulu berbeza berbanding dengan anak-anak kita sekarang. Ibu biasanya rasa pelik dan akan mengajar kita mengikut caranya. Tak perlu melawan, dengar saja dan angguk kepala dan katakan saja Insyaallah.
  • Bagi duit pada ibu. Walaupun mak dah banyak duit, walaupun mak dikampung tak banyak perlu duit, walau apa alasan sekalipun, berikan duit pada ibu. kalau dia suka dapat banyak duit, berikan sebanyak mana yang dia minta. Asalkan dia bahagia. Dia bukan mahu duit tu, tapi gembira kerana anaknya sedikitpun tak berkira dengannya!.
  • Bawa ibu berjalan. Bila balik sekali sekala baliklah berseorangan. Layan ibu ke mana saja dia nak pergi samada menziarahi saudara maranya atau kawan-kawannya atau ke tempat yang dia teringin nak tengok. Dia tentu rasa puas dan sentiasa manis mulutnya mendoakan kita.
  • Update perkembangan selalu. Bila berjauhan, call ibu dan tanya khabar. Bersembang panjang tak apa asalkan ibu puas bercakap. kenapa nak berkira dengan ibu dan tak pernha berkira dengan awek?.
  • Doakan kesihatannya dan mohon ampun untuknya. Ini amalan yang semua daripada kita tak boleh tinggalkan.
Ringkasnya, layanlah ibu sebaik mungkin, pahala dapat, berkat dapat bahagiapun dapat. Apa pendapat anda dalam hal ini, ada lagi cadangan bernas untuk melayan ibu? berikan cadangan dan pendapat anda di ruang komen bawah.
Kredit To : Pendapatanda

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...