Sunday, 9 February 2014

Wanita Hamil & Sakit Belakang


Pengalaman ketika hamil memang banyak cerita suka dan dukanya. Antara sakit popular yang dialami oleh ibu hamil terutama di akhir kehamilan adalah sakit pinggang. Apabila sudah duduk atau berbaring, sukar bagi ibu hendak bangun kerana rasa sakit di bahagian pinggang. 



Antara faktor yang menyebabkan ibu mengalami sakit pinggang adalah:
  • Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga kawasasn pelvik mengembang mengikut tumbesaran bayi. 
  • Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram sepanjang kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut. 
  • Perubahan bentuk badan ketika mengandung yang semakin membesar sehingga mengubah kestabilan diri anda. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.






Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)






  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.


Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)



  • Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
  • Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta
  • Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda





postur berdiri bagi ibu hamil



postur duduk bagi ibu hamil



postur tidor bagi ibu hamil 

Lagi satu cara untuk kurangkan sakit pinggang adalah dengan mengambil Ostematrix Shaklee. Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.



ostematrix atasi sakit belakang

Saya sendiri telah mencubanya. Memang best! Badan rasa segar & tak lenguh bila bangun pagi. Hanya 4 biji sehari. Jom tengok testimoni mereka yang dah mengambil Ostematrix Shaklee ini: 






Jom dapatkan Ostematrix Shaklee untuk hilangkan sakit pinggang anda. Rugi tau tak cuba. :)

Anda berminat...

Boleh hubungi saya di:
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...