Wednesday, 5 February 2014

Susu Ibu vs Susu Lembu

Seorang kanak-kanak lelaki di Kemboja yang berusia 20 bulan mula menyusu dengan lembu setelah ibu dan bapanya pergi mencari pekerjaan di kawasan bandar. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuknya.

Dia mula menyusu dengan lembu setelah melihat anak lembu tersebut juga melakukan perkara yang sama. Datuknya telah melarang tetapi dia meronta-ronta ingin menyusu dengan lembu tersebut.


Apa akan jadi kepada kanak-kanak tersebut sekiranya terus menyusu dengan lembu??



Hati seorang ibu pasti sedih bila melihat gambar sebegini.

 

Penyusuan Adalah Hak Bayi
1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
 
2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”  Surah al-Baqarah 2: 233
 
3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.
 
4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah

Al-Rada'ah
1. Al-Rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa  kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu 
( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)


2. Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:

a. Bayi;
b. Ibu yang menyusu; dan
c. Kaedah penyusuan.
 
a. Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: 
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..”  Surah al-Baqarah 2: 233
 
b. Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.
 
c. Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika  dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.
 
     Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...