Wednesday 7 May 2014

Zakat Simpanan - Sebuah Perkongsian

Zakat Simpanan merupakan salah satu cabang daripada harta-harta yang di wajibkan zakat. Tetapi ramai diantara kita tidak menyedarinya kan...

Wajib Zakat | Tazkirah | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Zakat-Zakat Yang Wajib Di Keluarkan

Baru-baru ni suami telah menguruskan zakat simpanan untuk wang simpanan arwah Papa. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang di beri oleh Pegawai Zakat dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), urusan tersebut telah siap dan selesai pada hari Isnin yang lepas… Alhamdulillah..


Zakat | Tazkirah | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Agensi Yang Menguruskan Zakat Di selangor



Bukan nak cerita pasal jumlah yang telah di keluarkan, cuma nak berkongsi tentang kadar yang wajib di keluarkan oleh setiap penyimpan wang dan beberapa syarat yang lain.



Berikut adalah beberapa garis panduan untuk semua :
1)      Hanya 2.5% daripada jumlah minimum pada tahun berkenaan perlu dikeluarkan zakat.
2)      Dan wang yang disimpan mesti mencukupi “Haul” atau “Jumlah” yang di tetapkan pada tahun tersebut.
3)      Dan wang tersebut telah cukup setahun dalam akaun bank berkenaan.



“Haul” atau “Jumlah” minimum yang wajib dikeluarkan zakat adalah berbeza mengikut tahun.



Tahun
Jumlah Minimum
(Haul)
2004
RM 3900
2005
RM 4200
2006
RM 4500
2007
RM 6100
2008
RM 6400
2009
RM 7900
2010
RM 9000
2011
RM 10,650
2012
RM 13,000
2013
RM 13,140



Carta di atas hanyalah untuk Tahun 2004 hingga 2013 untuk negeri Selangor. Jika pembaca ingin mendapatkan “Haul” untuk tahun yang lain, boleh layari Pusat Zakat negeri masing-masing untuk keterangan lebih lanjut.

Daripada wang zakat yang dikeluarkan itu, ianya akan disalurkan kepada 8 golongan yang layak menerima zakat.

Asnaf Zakat | Tazkirah | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
8 Golongan Asnaf Yang Boleh Menerima Zakat



Semoga info yang ringkas dapat memberi manfaat pada semua.

Kelebihan Zakat | Tazkirah | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
 Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...