Friday 2 May 2014

Keputusan MUET Mac 2014 Akan Di Umumkan Pada 5 Mei 2014


Keputusan Peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) akan diumumkan tidak lama lagi. Ianya merupakan Keputusan Peperiksaan yang diadakan pada Mac 2014 lalu yang melibatkan kira-kira 36100 calon.


Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, keputusan peperiksaan ini akan diumumkan pada 5 Mei 2014 di sekolah atau institut penggajian tinggi masing-masing bermula jam 10 pagi. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos.




Kalendar MUET 2014
Jadual | MUET | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa



Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan menerusi SMS seperti di bawah.


Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888 

Sebagai salah satu alternatif lain, calon juga boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka menerusi online di www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi, Isnin 5 Mei 2014.

Bagi calon-calon yang berasakan keputusan tidak memuaskan dan mahu semakan dilakukan, rayuan penyemakan boleh dilakukan dengan bayaran RM70 dan boleh dilakukan sebelum 16 Mei.
 
Borang untuk rayuan penyemakan keputusan MUET Mac 2014 boleh didapati di sini - Borang Rayuan Keputusan MUET

Rayuan | MUET 2014 | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Moga calon-calon MUET yang dah ambil peperiksaan bermanfaat dengan entri ini, dan saya ucapkan terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya dan lulus dengan cemerlang.
Sumber : Hasrulhassan

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...