Tuesday, 20 May 2014

Inisiatif & Kreatif Untuk Bersedekah

INISIATIF & KREATIF UNTUK BERSEDEKAH 

Sadaqah | Inisiatif & Kreatif | Shakee | Sungai Buloh | Setiawangsa


1. belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).


2. Inisiatif - sedekah:
letakkanlah d jendela kamarmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.

3.Inisiatif - sedekah:
sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

4.Inisiatif - sedekah:
belilah sekantung plastik sarung tangan & sarung kaki, agar dpt dberikan kepada para pekerja.

5. Inisiatif- sedekah:
letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb). 

7. Inisiatif- sedekah:
jika kamu mengisi petrol, kemudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif - sedekah:
belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
lemparkanlah senyum kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12. Inisaitif- sedekah:
kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah...

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...