Thursday, 22 May 2014

Kereta Milik Penumpang MH370 Tersadai Di KLIA

Kereta Milik Penumpang MH370 Tersadai Di KLIA | Sudah hampir 3 bulan kehilangan pesawat MH370 berlaku. Dan sudah bermacam jenis teori timbul dari insiden ini. Tapi ianya tetap misteri dan nasib para krew serta penumpang pesawat tidak di ketahui. 

MH370 | Mystery | Shaklee | Sungai Buloh | Selangor


Sedikit demi sedikit rakyat Malaysia mula melupakannya tetapi bukan bagi mereka yang kehilangan yang tersayang. Semoga misteri kehilangan pesawat ini akan dirungkai tidak lama lagi.


Terjumpa satu artikel menarik yang boleh dikongsikan bersama  seperti dibawah.
Wallahua'lam,,

************
 
Dari perkiraan aku sendiri dah 75 hari pesawat MH370 lenyap & ghaib dari pandangan mata kita bersama anak kapal & penumpang. Mungkin ramai dah semakin tidak peduli.. tidak simpati & tiada apa2 rasa lagi pada trajedi MH370 ni tapi pada aku ia masih menjadi persoalan yang takde jawapan & menjadi satu trajedi yang sedih bila di kenang.

Sedih sangat sampai bila ternampak satu post kat FB yang berkongsi satu kereta yang di katakan pemiliknya salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang.. serius terus sebak even tengok gambar kereta je.
MH370 | Mystery | Shaklee | Sungai Buloh | Selangor
 Sumber Gambar FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Nasib mereka takde siapa yang tahu.. apa yang berlaku kita rakyat yang tak ada kuasa atau kepakaran untuk mendapat maklumat sebenar kehilangan MH370 hanya boleh membuat andaian & menjawab teka teki yang tiada jawapan pasti. Apapun aku masih berpegang dengan 1 kepercayaan.. Semua ni masih menjadi rahsia Allah bukan kerana manusia hebat menyembunyikan kebenaran tapi Allah masih belum mengizinkan kebenaran itu di bongkar. Allah tahu bila waktu terbaik untuk segala misteri ni berjawapan.

Sebagai hamba.. teruslah berdoa untuk semua mangsa yang terlibat dalam trajedi kehilangan penuh misteri pesawat MH370. Semoga mereka berada di tempat yang terbaik tak kira hidup atau mati.
 
Kredit To : Azim Pauzi

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...