Wednesday, 21 May 2014

Kelajuan Membunuh?? Sebuah Pendedahan Yang Menggemparkan

Kelajuan Membunuh?? Sebuah Pendedahan Yang Menggemparkan

Tiap-tiap hari kita dihidangkan di dada akhbar atau di media sosial tentang kemalangan yang berlaku. Sudah tentu kemalangan yang melibatkan banyak nyawa atau yang melibatkan golongan selebriti / VVIP yang paling mendapat perhatian.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik Ajal dan Maut. Bukan berhasrat untuk memberi tazkirah tapi ingin berkongsi video yang boleh membuka minda kita semua.Yang pastinya Ajal dan Maut adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Illahi dan kita sebagai hamba tiada langsung pengetahuan mengenainya.

Umumnya, kelajuan memang boleh membawa maut. Ini boleh kita saksikan daripada video berikut :-

Kemalangan Dahsyat Di Arab Saudi

Tetapi, banyak juga kejadian kemalangan yang belaku ketika kenderaan bergerak dalam keadaan amat perlahan

 Kelajuan Yang Amat Minimum < 5 km/jam


 Nightmare Untuk Semua Ibubapa - Nauzubillahi Minzalik

Berikut pula klip video yang menunjukkan jika ajal belum sampai, kemalangan yang berlaku berkali-kali dalam jangka masa yang singkat pun belum tentu berakhir dengan kematian.



Kesimpulannya, sentiasalah berhati-hati dan berwaspada ketika memandu. Patuhilah segala undang-undang yang telah ditetapkan. Insya-Allah bilangan kemalangan di Malaysia boleh di kurangkan.

Wallahua'lam..

1 comment:

  1. Ishh tak mahu tengokkk video accident2 ni, takut!! Huaaaaaaaaaaaa. tapi ena dah banyak kali yang real berlaku depan mata. Motor kena langgar dengan bus, sampai terkeluar usus usus

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...