Thursday, 8 May 2014

Persiapan Raya - Biskut Tutku


Persiapan Raya tidak sah kalau tiada Biskut Raya kan. Tanpa kita sedar, bulan Ramadhan pun akan menjelang sebulan lebih lagi. So sekarang ni lah masa yang sesuai bagi Ibu-Ibu untuk try resepi biskut raya yang baru. Samada untuk makan sendiri atau buat bisnes kuih raya... Kan! Kan! Kan!

Terjumpa satu artikel tentang kuih raya ini yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga ni. First time jumpa kuih raya ni sekitar tahun 2012 yang lalu. Masa tu Kak Fynne yang jual kuih ni dan tak tau pun apa nama biskut ni sebenarnya. Memang marvellous rasa biskut Tutku ni sebab ada nutella di dalamnya... He! He! He!...

Jom layan cara-cara nak buat biskut raya yang ohsem ni :)


Biskut Tutku | Kuih Raya | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa 
Biskut Tutku  (Tutku biscuit)
Bahan-bahan

1 biji telur
2 sudu besar krim cecair
1 sudu besar tepung jagung
150 gr. marjerin (suhu bilik)
1/2 cawan serbuk gula
2.5 cawan tepung
Ekstrak vanila 1 sudu teh
1 paket serbuk penaik
1 secubit garam
Nutella (coklat)

Cara Membuat :

1. Campurkan telur, krim, garam, marjerin, tepung jagung, gula, vanila dan serbuk penaik, secara beransur-ansur.

2. Kita mendapat doh yang lembut, tetapi tidak melekat di telapak tangan anda.  

3. Ambil "segumpal" kecil doh berkenaan. Tekan doh sehingga kepingan menjadi lebih kurang sebesar kacang walnut.

4. Letakkan 1 sudu kecil Nutella di tengah-tengah kepingan doh berkenaan dan teruskan dengan helaian doh yang lain.  Bentuk biskut ini terpulang pada anda sendiri sama ada ingin mengikut bentuk seperti di dalam gambar di atas atau bentuk lain.


5. Untuk membakarnya, letakkan doh berinti coklat Nutella di atas dulang pembakar yang disapu sedikit minyak masak dan bakar ia dalam ketuhar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 20 minit atau sehingga keperangan.
Tak sabar nak cuba buat biskut ni... Harap hubby boleh belikan oven sempena hari raya nanti nie.... :)
Kredit To : ahmadzaki82

2 comments:

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...