Thursday 22 May 2014

Motivasi Diri - Adik Nik Damia Irsalina

Motivasi Diri | Adik Nik Damia Irsalina 

Motivasi Diri | Nik Damia | Nick Vujicic | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Nik Damia Bersama Ikon Beliau - Nick Vujicic


Saya pernah share satu entry dahulu tentang kehebatan dan semangat gigih yang ditunjukkan oleh adik Nik Damia dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah (Sila Klik Di Sini).


Hari ini, saya ingin berkongsi pula sebuah video yang menunjukkan bagaimana adik Nik Damia makan sendiri. 1st empression kita mengatakan yang beliau mustahil boleh menyuap sendiri makanan ke mulutnya. Tetapi dengan semangat dan kekuatan dalaman yang ada dalam dirinya itu membuat tanggapan tersebut salah. 

Saksikan video berikut :




Subhanallah... Sesungguhnya Allah menjadi sesuatu itu tidak sia-sia. Cuma manusia sahaja yang selalu "buta" dalam memahami akan rahsia kejadian tersebut.


Di Mana Ada Kemahuan... Di Situ Ada Jalan....


Inilah antara pengajaran yang kita boleh ambil. Dalam kita menyusuri kehidupan seharian kita, pasti masalah akan melanda. Jangan jadikan ia sebagai asbab untuk berhenti, tapi sebaiknya carilah penyelesaian bagi meneruskan perjalanan ke "destinasi" yang diimpikan.

p/s : Perasan tak yang nama mereka sama, Nik & Nick... Pasti mempunyai perasaan dan semangat yang sama meskipun dari negara yang berbeza.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...