Wednesday 7 May 2014

Pak Cik Jamal ‘Speaker’ Meninggal Dunia

Pak Cik Jamal Meninggal Dunia | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

PUTRAJAYA – Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, 75 menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.


Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin.

Akhbar hari ini melaporkan, Jamal tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

 

Jamal atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal melalui program Mini Parlimen yang popular pada era 1980-an, turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV), berikutan beliau baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.


Pak Cik Jamal Meninggal Dunia | Info | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Anak beliau, Sheila berkata, ayahnya mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi sejak 14 tahun lalu, menyebabkan tulang belakang Jamal membengkok hingga mengganggu paru-paru.

Katanya, ayahnya dikejarkan ke Hospital Putrajaya menggunakan ambulans selepas mengadu sukar bernafas, tengah hari kelmarin.

“Sejak pulang daripada mengerjakan umrah bulan lalu, kesihatan ayah makin terganggu.
“Doktor memberitahu paru-parunya kronik dan disyaki terkena virus MERS-CoV.
“Ayah terpaksa dikuarantin sebelum keputusan mengenai virus itu diketahui antara tiga hingga empat hari lagi,” katanya. – Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...