Thursday, 30 January 2014

Halalkah Sumber Rezeki Kita?

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal...


Mari fikir-fikirkan..





"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu... pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna internet ofis berjam-jam utk kepentingan diri sendiri,melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa... bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi
puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri."










Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja...      




Peringatan buat diri sendiri yg lalai..
KEBERKATAN YANG DICARI

Duit Tambahan Di Kala Keadaan Ekonomi Begini


Apa yang Shaklee boleh bantu kita masa ekonomi sekarang?


  • Walau anda dapat RM100 sebulan pun, ia boleh membantu utk bayar reload.

  • Kalau dapat RM200, dapat membantu bayar duit sekolah anak tadika.

  • Kalau dapat RM500 dapat juga membantu tampung duit rumah sewa.

  • Kalau dapat RM1000, takde lah tersekat anak nak makan sedap sebulan sekali at least.

  • Kalau dapat RM2000 dapat juga cari rumah sewa yang selesa.

  • Kalau dapat RM10,000 dapat juga beli kereta idaman.
  • Kalau dapat RM20,000 boleh resign dan kerja dari rumah sahaja bersama yang tercinta :)


Ramai yg dah berjaya.... Jom sertai kami...

Pada masa kini, semua harga pakat naik : tol, petrol, minyak, gula dan sebagainya.
Tapi YURAN KEAHLIAN SHAKLEE tetap iaitu RM75 untuk pendaftaran seumur hidup. Berbaloi2 bila kita akan dapat berganda2 lebih dari itu.

Thursday, 23 January 2014

20 Tips Mendidik Anak Cemerlang

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Memang naluri seorang ibu akan menegur anaknya apabila anaknya itu melakukan kesilapan atau tidak mendengar cakapnya. Dan sering juga kita dengar ungkapan “ibu marah kerana sayang”.

Namun masih adakah sifat “sayang” itu apabila keluar ayat-ayat seperti:

“Kau ni anak derhaka betol!”

“Tak reti kenang jasa punya anak!”

“Menyesal aku lahirkan kau!”

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak ini menjadi sebegitu? Mengapa mereka tidak mendengar cakap ibu bapa mereka dan mengapa mereka sering dipersalahkan? Adakah memang benar anak-anak itu yang bersalah sepenuhnya dan mereka memang layak dimarahi?

Sudah lupakah kita kepada hadis Nabi SAW: “Anak itu ibarat seperti kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya menjadi nasrani, yahudi ataupun majusi”.


Hadis itu jelas menunjukkan bahawa bayi yang lahir adalah suci daripada mana-mana sifat yang tercela. Mereka tidak dilahirkan dengan membawa satu pun sifat-sifat terkutuk yang ada pada seorang anak derhaka. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih itu dengan warna-warna yang indah dan sedap dipandang mata, yakni mendidik anak-anak mereka dengan sifat-sifat dan akhlak yang terpuji.

Apabila ibu bapa gagal mendidik anak-anak pada peringkat awal sehingga anak-anak sudah terlalu liat untuk dididik, apakah kita masih mahu menyalahkan sepenuhnya kepada anak-anak? Mengapa kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka tidak pula dipersoalkan? Mengapa ibu bapa meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada anak-anak mereka dan tidak pula sedar bahawa ianya adalah salah mereka sendiri?

Jom baca 20 tips berikut :

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”
Tips dari Robert D. Ramsey

Tips Untuk Memujuk Anak Yang Merajuk



Merajuk dan tantrum adalah cara anak-anak menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tantrum adalah ekspres ke luar sementara merajuk ke dalam diri. Apa yang mereka perlukan semasa itu ialah diyakinkan bahawa anda menyayangi diri mereka.

Siapa kata mendidik dan membesarkan anak untuk menjadi individu berwibawa, pengasih dan berkebolehan tinggi ini senang. Itu sebab ramai ibu bapa mengambil jalan singkat memukul bertalu-talu dan marah berlebihan supaya anak akan takut. Apa yang tidak disedari kesan jangka panjang yang akan dirasakan bila mereka remaja atau menjadi dewasa.

Berikut adalah beberapa tips untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah ini : 

Elakkan Dari Anak Merajuk
Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk
Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.



Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk
Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....
Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk
Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....
 

Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Kita perlu marah dan menghukum perbuatan yang salah. Namun, lakukan dengan penuh kasih sayang dan hormat. 
 
Dan bila sudah habis menjalankan hukuman itu, peluk dia dan yakinkan kasih sayang anda kepadanya. Supaya anak itu faham, yang salah ialah perbuatannya. Dan yang anda tidak suka ialah perbuatan itu. Dia tetap anda sayang dan kasih. 
 
 
Susah? Ya, memang susah, namun ia boleh dilakukan dan bila anda lakukan anda tidak lagi rasa sedih dan terkilan malah berasa lega.


Tuesday, 21 January 2014

Perbandingan: Kadar Cuti Bersalin Berbayar Seluruh Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Terjumpa artikel yang menarik ni semasa surfing internet pagi tadi..
Alangkah bahagianya kalau tempoh cuti bersalin di Malaysia sekurang-kurangnya sama macam di France.... :)
Dapatlah para Ibu bersedia untuk bersalin dan juga membesarkan baby dengan lebih lama sebelum bertugas semula...




Kadar cuti bersalin seluruh dunia
Sumber: Astro Awani

Opps!! Lupa nak bagitau yang saya baru je habis berpantang pada hari Ahad yang lepas... (44 hari tau..)
Terima kasih pada semua terutama kepada suami tercinta yang banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga dan menyediakan masakan yg enak untuk saya dan anak-anak..



Monday, 20 January 2014

Tips Untuk Mendapatkan Anak Lelaki Atau Perempuan?

 


"Semua ini hanya usaha, Allah S.W.T jua yang menentukan. Mana yang baik diikuti, mana yang buruk ditinggalkan. Manusia ada akal, manusia berfikir, manusia bertindak berdasarkan akal... "

Jangan Ajar Anak Cakap Pelat


Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.

Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya. 

Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.

Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa. 
Sumber : PaMa

*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim   

Cara Merancang Dan Melahirkan Zuriat Yang Soleh Dan Solehah


Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (Al-Anfal: 24)

Thursday, 16 January 2014

Performance Drink

Performance® Maximum Shaklee, Pengedar Sah Shaklee, COD Shaklee Di Ipoh,
Performance® Maximum Shaklee
Minuman Hidrasi Tulin - Sangat sesuai bagi mereka yang aktif dalam sukan, mahupun tugasan harian. Boleh di minum sebelum, semasa dan selepas aktiviti harian.

Penghilang Dahaga Untuk Si Juara
Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. Malah Performance juga telah direka khusus unutk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembara.

Istimewanya Performance ini kerana dengan adanya gabungan kompenen penting elektrolik seperti Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium dan Potasium serta Miniral ini akan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang berada dipasaran. Secara tidak langsung Perfomance juga membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

Terbukti Secara Klinikal
  • Dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda.
  • Memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh
  • Mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga)
  • Menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan dalam meningkatkan stamina.

Manfaat Utama Performance® Shaklee
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Membekal Tenga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangkn metabolisma iar dalam tubuh. 
  • Mencegah Penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuham akibat kecederaan otot.

Siapa Yang Sesuai Minum?
  • Para Atlet
  • Berpuasa
  • Sebelum dan Selepas Pembedahan
  • Tidur Lewat Malam
  • Keletihan
  • Penyah Hidratan Otot dan Kulit
  • Vagina Yang Kering
  • Cirit-birit
  • Tiada Selera Makan
  • Rendah Paras Gula
  • Sakit Kepala 

Jaminan Ketulinan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Nota : Elakkan dari terdedah (simpan dalam peti sejuk selepas buka)


*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim   

Wednesday, 15 January 2014

Gejala Penyakit Jantung Pada Wanita

Sebenarnya wanita lebih berisiko terkena serangan penyakit jantung dibanding kaum lelaki...Itu lah antara keratan artikel yang saya baca pagi tadi.. 


Macam tak logik sebab sebelum ni kita tahu penyakit jantung sering dikaitkan dengan kaum lelaki... Terkejut gak baca.. okey tak kisahlah lelaki atau perempuan.. kita harus tahu bahawa jantung merupakan organ penting yang harus kita jaga dengan baik.. Jantung akan mengalami gangguan dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat gangguan bekalan oksigen ke jantung... saya percaya ramai yang lupa akan kepentingan jantung.. antara habit buruk adalah tidak menjaga pola makan seharian yang seimbang, kurang aktiviti fizikal dan stres yang berpanjangan.. Kalau wanita yang merokok lagi lah  tinggi potensi untuk mendapat serangan sakit jantung kerana merokok mengakibatkan ketidakstabilan hormon estrogen. 

Antara tanda2 atau gejala penyakit jantung yang perlu kaum wanita berhati2 adalah:
  • sering keletihan terlampau
  • sakit2 ngilu dibahagian jantung
  • mudah berpeluh (tangan atau tubuh) walaupun tanpa aktiviti
  • loya dan mual
  • sesak nafas
  • susah tidur / insomnia
  • rasa cemas berlebihan
   Lepas saya baca artikel tu, cuak gak.. biasalah kalau tak takut tak normal lah kan.. nak taknak kena buat sesuatu.. antaranya jaga pemakanan dan tingkatkan aktiviti fizikal (bab ni yang malas nak gi gym ni.. dah berbulan asyik tangguh..hahah)... dan yang paling senang.. adalah telan sebutir Coq10health Plus... hihihi.



*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim   

Khasiat & Manfaat CoqHealth Plus Shaklee





Kandungan 1 kaspul CoQ Health Plus Shaklee mengandungi: 

  • Coenzyme Q10 (CoQ10) 28mg 
  • Vitamin E 
  • Ektrak Teh Hijau 
  • BONUS!! Semuanya adalah dari sumber semulajadi! 



Satu botol mempunyai 30 kapsul. 
Dan dos yang disarankan adalah 1 biji 1 kali sehari. 

KEPENTINGAN CoQ10 DALAM BADAN 
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung 
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL 
  • Meningkatkan peredaran darah 
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah 



MENGAPA PERLU MEMILIH CoQ HEALTH SHAKLEE? 
  1. Untuk mendapatkan 28mg Coenzyme Q10 (CoQ10) seperti yang terdapat di dalam CoQ Health Plus, kita perlu makan hampir 1.7kg ayam atau pun 28 cawan brokoli! Banyak kan. 
  2. Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E di dalam formulasi CoQ Health Plus Shaklee dipercayai dapat memperkukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E. Hal ini disebabkan CoQ10 dapat membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E untuk memberi perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh. 
  3. Ekstrak teh hijau di dalam formulasi CoQ Health Plus Shaklee mengandungi procyanidins yang dapat membantu menyokong kesihatan tisu endothelium (lapisan tisu yang terdapat di antara kapilari darah dan jantung). 
  4. CoQ10 di dalam CoQ Health Plus Shaklee adalah daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis di mana sumber yis tersebut telah diuji. 
  5. Tanpa gluten. 





SIAPA YANG PERLU MENGAMBIL SUPPLEMENT CoQ10 INI? 
  1. Individu yang mempunyai masalah jantung - CoQ10 menyokong penghasilan tenaga oleh jantung 
  2. Individu yang mempunyai masalah kekurangan coenzyme Q10. Masalah ini sangat jarang berlaku. Individu yang mempunyai masalah ini mempunyai tanda-tanda seperti lemah, cepat letih dan seizure (sawan). 
  3. Individu yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi (hypertension) – membantu menurunkan tekanan darah 
  4. Individu yang mempunyai penyakit Parkinson. 
  5. Individu yang mempunyai masalah migrain – Kajian menunjukkan CoQ10 dapat menurunkan kekerapan migrain sebanyak 30% 
  6. individu yang mempunyai kulit kusam - berkesan dalam memperbaiki aliran darah dalam badan dan pembentukan sel-sel baru yang sihat 

Hakikatnya pengambilan CoQ10 adalah satu cara untuk “menyediakan payung sebelum hujan” kerana Penyakit jantung adalah terkenal sebagai Pembunuh Senyap No 1 DUNIA

Pengambilan 1 biji sehari adalah disarankan untuk menjaga kesihatan Jantung 



 
Dapatkan produk ini untuk diri kita atau hadiahkan kepada orang tersayang..
Adalah lebih baik mencegah daripada merawat.....


*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim   

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...