Saturday, 9 November 2013

Pengenalan






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam perkenalan daripada saya dan suami yang bersama-sama di dalam perniagaan ini. Kami bersama-sama mengimpikan perniagaan ini berjaya agar kami dapat meluangkan lebih masa bersama bagi membesar dan mendidik anak-anak kami supaya menjadi hamba Allah yang bertakwa, tawadduq dan berjaya di dunia dan akhirat.

Kenapa saya menggunakan tajuk MDDS sebagai tajuk blog kami?
MDDS sebenarnya merupakan sumber inspirasi dan kekuatan bagi kami menjalankan perniagaan ini. Ianya adalah kata kunci bagi nama anak-anak kami yang tersayang iaitu :  Muhammad DhiyaudDarwish, Muhammad DurranudDhamir, Muhammad DaiyanudDhahir dan Muhammad DahinudDaris.
Ramai gak yang berbelit nak sebut nama anak-anak kami tu tau.... Anda bagaimana?... Ha..Ha..Ha..

Baru penerangan untuk 3 huruf kan... MDD. So, huruf "S" untuk apa plak?
Sebenarnya "S" tu adalah nama suami tercinta, Shahrul Zamri... He..He..He.. Ok kan...

Saya menyertai bisnes Shaklee ini dalam bulan September 2013. Banyak perkara yang kami telah lalui yang telah mematangkan dan memberi motivasi untuk kami terus mencipta kejayaan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentor dan juga leader saya, Nur Jannatul Fadhillah dan suami beliau, Fadzli Shah yang banyak membimbing kami. Jazakallah....

Saya juga ingin memohon maaf jika ada page, testimonials, gambar atau lain-lain yang diambil dari blog rakan-rakan dan senior Shaklee yang lain terdapat di dalam blog ini. Saya sedia menerima teguran dan nasihat daripada sesiapa bagi membetulkan segala kesilapan yang berlaku.

Wassalam..










No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...