Jenis-jenis Buasir
Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak
jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan
gangguan dari laluan najis semasa
membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan
menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna
merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini
berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut
mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser
kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit
(bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan
terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala
beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan
rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau
memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau
ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun
dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang
dahulunya.
Penyebab utama buasir
- Sentiasa duduk
- Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
- Cirit-birit
- Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
- Batuk yang teruk
- Bersalin
- Mengangkat berat
- Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
Tanda dan Gejala Buasir
Gumpalan
lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah
cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa
perit dan sakit.
Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
- Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
- Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
- Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak
segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi
keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh
menjadi amat mengazabkan.
- Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
- Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
SUPLEMEN UTK MASALAH BUASIR.
Terdapat 3 supplemen asas untuk masalah buasir iaitu :
OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.
ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Jika anda antara yang mengalami masalah buasir, anda boleh mencuba set buasir shaklee ini. InsyaAllah membantu. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.
ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Testimoni
Jika anda antara yang mengalami masalah buasir, anda boleh mencuba set buasir shaklee ini. InsyaAllah membantu. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment