Friday, 20 December 2013

Kenapa Perlu Minum Air Banyak Bila Makan Supplemen Shaklee?



"Puan, kenapa ye kena minum air masak banyak bila makan supplemen ni? Saya ni susah sikit nak minum air masak"
Itu adalah antara soalan yang sering ditanya oleh customer saya, apabila saya berikan jadual makan vitamin dan tip-tip makan vitamin selepas pembelian.
Sesiapa sahaja yang mengambil supplement Shaklee dinasihatkan supaya minum air masak yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Jom kita baca fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplemen semulajadi Shaklee:

  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
     
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
     
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3 liter air sehari. 

Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.
Ok, meh saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak tu eh. 
  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter  selepas lunch. Mesti boleh punya, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter. Saya biasanya kat office pun dah minum sampai 3 liter:) 
         Jika anda bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.
         Jika anda student, sila bawa tumbler ini di dalam beg anda ok:)
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml

Alhamdulillah, cukup dah pun 3 liter. Mudah kan. Tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplemen tu. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips ni ok. 
Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, small matter je 3 liter air masak ni.
Sedar-sedar, lebih 3 liter dah pun nanti :)


Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...