Friday, 7 August 2015

Mesti Tahu!!! Jenis-Jenis Cium

Mesti Tahu!!! Jenis-Jenis Cium

Ha.. Ha.. Ha... Agak sensasi gak tajuk post pagi ni kan... lebih-lebih lagi di pagi Jumaat yang mulia ni... :) Sekadar nak berkongsi info tentang beberapa jenis ciuman khas untuk mereka yang sudah berumahtangga...

Tips Bahagia | Rumahtangga | Doa | Ciuman |

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA

 i) Fadhilat Cium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan & membeli barang-barang & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku sayang anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.


ii) Fadhilat Cium suami

Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat mencium isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Tips Bahagia | Rumahtangga | Doa | Ciuman |


Kesimpulannya:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota : Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri..Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...