Mesti Tahu!!! Jenis-Jenis Cium
Ha.. Ha.. Ha... Agak sensasi gak tajuk post pagi ni kan... lebih-lebih lagi di pagi Jumaat yang mulia ni... :) Sekadar nak berkongsi info tentang beberapa jenis ciuman khas untuk mereka yang sudah berumahtangga...
Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA
i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan & membeli barang-barang & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku sayang anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.