Gambar: Richard Quest, Pakar bidang penerbangan CNN
Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak
sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Menurut
Quest, sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan
juruterbang.
"Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling
selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya
berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal
auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan
pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka,
pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi - Sesuatu yang sangat seriustelah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku."
"Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing
777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang sangat
berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang
sangat bagus" Tambah Quest lagi.
Bekas Penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika
Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh melaporkan
sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya
membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan
alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan
selamat.
"Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada
kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam
satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan"
Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
"Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi,
penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh
beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan
30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa ketika"
Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin. -TTO (Kredit CNN)
Sumber Asal: Penpatah
No comments:
Post a Comment