Showing posts with label Produk Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Produk Shaklee. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan |

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan | Dalam kebuntuan memikirkan entry apa yang hendak di siarkan di blog ini, tiba-tiba saya mendapat idea untuk berkongsi dengan semua tentang fakta ini. Iaitu mengenai rekod perubatan kami sekeluarga bagi tahun 2012 sehingga 2014.

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Kenapa perlu berkongsi maklumat ini? Di akhir entry ini nanti saya akan huraikan secara detail ye.... Okay, jom lihat dulu rekod-rekod perubatan berikut :

1) Tahun 2012 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


2) Tahun 2013 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

3) Tahun 2014 : Bilangan ahli keluarga - 7 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Rekod diatas sebenarnya dicatat oleh suami bagi tujuan medical claim. Syarikat tempat suami bekerja tu hanya bagi RM1500 setiap orang untuk tujuan perubatan. Sebab itulah rekod untuk 2012 dan 2013 terhenti bila kuota tersebut telah habis.

Untuk tahun 2012, kuota telah habis pada 25/06/2012 dan bagi tahun 2013, kuota telah habis pada 24/07/2013. Untuk tahun 2014 pula, sehingga 28/08/2014, kuota masih berbaki sebanyak RM469.80.

Untuk makluman semua, kami sekeluarga telah mengamalkan pengambilan supplement Shaklee sejak September 2013. Dengan izin Allah, banyak kesan positif yang telah kami alami dan rekod diatas itu tadi adalah salah satu daripadanya.

Fakta yang lain tetapi berkaitan dengan rekod diatas tadi ialah tentang kekerapan kami ke ke klinik telah berkurangan dari 21 lawatan pada tahun 2012 ke 19 lawatan pada tahun 2013 dan terkini, hanya 13 lawatan pada tahun 2014.

Secara tidak langsung juga jumlah ubat di dalam peti ais kami turut berkurangan. Ini bermakna tahap kesihatan kami sekeluarga bertambah baik meskipun bilangan ahli keluarga kami juga kian bertambah. Alhamdulillah....

Pencapaian dan kegembiraan inilah yang saya ingin kongsikan dengan semua pembaca. Pasti kita semua akan gembira apabila semua ahli keluarga kita sihat dan ceria.

Insya-Allah pada entry yang akan datang saya akan berkongsi pula tentang perubahan yang dialami oleh kami sekeluarga dari segi penyembuhan penyakit. Moga entry ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada semua tentang kelebihan produk Shaklee dan kepentingan kesihatan untuk kita semua.

Akhir kata, saya ingin berkongsi sebuah pesanan dari seorang Doktor yang juga mengamalkan Shaklee yang mengimpikan untuk melihat hospital-hospital di Malaysia ini lengang (tidak sepadat sekarang) kerana rakyat Malaysia telah mengamalkan pemakanan supplement dan cara hidup yang sihat. Jom sahut seruan ini....

Wallhua'lam..

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Tuesday, 10 June 2014

Kursus SPIES : Feedback Yang Mengasyikkan

Kursus SPIES | Feedback Yang Mengasyikkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni saya nak cerita sikit kisah pendek mengenai diri saya , rajin-rajinla baca ye.... pada 4 dan 5 Jun lalu saya telah di arahkan mengikuti kursus SPIES di Hotel Sembilang Resort & training... Cam biasalah kalau pergi kursus tu mesti hubby yang hantar...  sekali dengan anak-anak... Maklumlah saya ni kurang berani skit kalau nak drive ke tempat yang "asing" ni... kalau setakat area rumah tu boleh lagi... He!.. He!.. He!...


SPIES | Multi-Vitamin | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Tuesday, 27 May 2014

Sakit Tumit, Mata, Sendi Dan Kulit - Dapatkan Segera Hot Selling Produk Ini

Sakit Tumit, Mata, Sendi dan Kulit | Dapatkan segera Hot Selling Produks berikut | Hari ini saya nak bercerita tentang beberapa produk supplement kesihatan yang akan sentiasa habis (Sold Out) cepat dalam masa yang singkat bila ia dipasarkan. 

Hot Selling Produks | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Di antaranya adalah :

Friday, 2 May 2014

Mesti Baca !!! Jangan Beli Produk Kesihatan Dalam Talian

Jangan Beli Produk Kesihatan Dalam Talian... Sungguh menggemparkan tajuk di atas yang merupakan peringatan dan gesaan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail. Ianya ibarat bom atom bagi peniaga yang tidak bertanggungjawab dan merupakan 'Wake Alarm" untuk pembaca semua agar lebih berhati-hati ketika membeli produk.

Vitamin | Supplement | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Saturday, 26 April 2014

Kesan Sampingan dan Masalah Produk Shaklee

Artikel ini akan membantu anda mengetahui masalah atau kesan sampingan yang ada pada produk dan lain-lain soalan yang boleh membantu anda

1. Isu halal
Mencari yang halal adalah wajib bagi umat Islam. Menyedari hakikat inilah Shaklee telah mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Baca sini untuk isu halal Shaklee.

Majoriti produk Shaklee adalah daripada sumber tumbuhan. Satu-satunya produk yang menggunakan haiwan sebagai bahan mentah adalah Kolagen Shaklee. Ia diperbuat daripada sisik ikam merah yang tinggal di laut dalam. Kolagen yang tahan lasak dan berkualiti tinggi untuk menegangkan kulit.

2. Bau produk Shaklee yang tidak best dan tidak cantik
Bau kuat sesetengah produk Shaklee contohnya VItamin B Complex dan warna kurang menarik. Lebih-lebih lagi jika diletakkan di suhu bilik. Produk kecantikan kulit Shaklee seperti Nutriwhite juga tidak sewangi produk lain di pasaran.

Kenapa Shaklee tidak tambah pewarna dan pewangi dalam produk keluaran mereka?

Disebabkan oleh Shaklee mengekalkan khasiat bahan 100% semulajadi dan tanpa bahan kimia, jadi terpaksa tidak letak pewarna dan pewangi dalam produk yang dipasarkan. Lagipun semua produk Shaklee diproses dari bahan asli, sesetengah produk suplemen lain diperbuat daripada vitamin sintetik. Baca sini untuk perbezaan vitamin semulajadi seperti Shaklee dengan vitamin sintetik.

3. Sukar mendapatkan produk Shaklee, tidak terdapat di farmasi
Produk Shaklee boleh didapati daripada pengedarnya seluruh negara, setakat ini mencecah 1 juta orang. Anda juga boleh membaca banyak testimoni produk Shaklee.

4. Produk Shaklee tidak tahan panas dan cepat rosak
Vitamin dan produk lain keluarannya seperti B Complex dan omega guard tidak boleh terdedah dengan suhu tinggi dan udara pada masa yang lama. Ini disebabkan produk ini dibuat tanpa pengawet dan bahan kimia. Semua daripada bahan semulajadi. Sebab itu seelok-eloknya diletakkan dalam ruang chiller peti sejuk dan elakkan membiarkan vitamin Shaklee ditinggalkan di dalam kereta semasa cuaca terik. Zat dan nutrien di dalamnya akan musnah.

5. Mempunyai kesan sampingan
Pada awal pengambilan vitamin Shaklee ada kesan sampingan seperti badan panas, loya dan mual. Adakah ia tidak sesuai dengan badan?

Bayangkan satu pinggan penuh sayur segar, boleh tak anda makan dengan habis tanpa rasa mual? Tak bolehkan? Inilah disebut sebagai healing crisis iaitu badan sedang menyesuaikan diri dengan produk itu. 

InsyaAllah ia akan hilang dalam beberapa hari. Boleh baca sini untuk healing crisis.

6.  Tiada silica gel di dalam botol Shaklee
Memang ada yang bertanya. Ini menunjukkan vitamin ini adalah asli dan bukan daripada bahan kimia sintetik.

7. Memerlukan masa yang lama menghabiskan sebotol vitamin
Contohnya zinc, mengandungi 120 biji. Dimakan 1biji sehari, dalam tempoh 4 bulan. Tetapi ini boleh dikongsi bersama seisi keluarga. Dan lagi ia lebih menjimatkan.

Kredit To : Raihanah

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Thursday, 24 April 2014

Elak Produk Yang Mengandungi Bahan Beracun

Saya pernah menulis berkenaan bahaya produk yang disenarai hitamkan tidak lama dulu. Bahan beracun yang kebiasaan dicampur ke dalam produk pelangsingan badan adalah sibutramine. 

Tiada Racun | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com


Sebab apa masih ada produk sebegini? Ya, sebab adanya permintaan. Ramai rakyat Malaysia masih lagi belum mempunyai kesedaran betapa bahayanya produk yang mengandungi bahan beracun ini bagi tubuh badan mereka. Sebab itu pengeluar dengan berleluasa masih mengeluarkan dan memasarkan produk sebegini.

Bahan-bahan berbahaya seperti sibutramine, steroid, antihistamine, hydroquinone dan tretinoin boleh memberikan kesan buruk dan membahayakan tubuh anda. Justeru produk yang anda ingin beli, pastikan tidak mengandungi bahan-bahan ini.

Disini link untuk artikel berkenaan daripada Berita Harian

Baca sini untuk artikel produk yang disenaraihitamkan.

Bagaimana dengan Shaklee?

Shaklee telah 99 tahun berada di pasaran dengan produk pertamanya Vitalea (dulu dikenali sebagai Vitalizer dalam bentuk liquid). Ia telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1980an lagi. 

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung kepada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu produk yang selamat dan terbukti berkesan.

Misi Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul. Setiap produk yang dikeluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara - ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI

SENTIASA SELAMAT

Shaklee menjamin keselamatan tanpa syarat

Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, saintis Shaklee telah membuat kajian di seluruh dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran lain. Dan meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee bebas paraben, triklosan, phthaletes, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksina atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tanpa pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perasa. Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk adalah selamat dan bebas daripada toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin

Shaklee menjamin keselamatan tanpa tandingan. Beberapa senarai tidak Shaklee:

- Tidak mengandungi Paraben
- Tidak mengandungi Triklosan
- Tidak mengandungi Phthalates
- Tidak mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
- Tidak mengandingi Sodoum Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
- Tidak mengandungi 1,4 Dioksana
- Tidak mengandungi Glikol
- Tidak mengandungi Bahan-bahan Cucian Oganik yang Volatile
- Tidak mengandungi Asid Hidrolorik
- Tidak mengandungi Ammonia
- Tidak mengandungi Sodium Hidroksida
- Tidak mengandungi Butyl Cellosolve
- Tidak mengandungi Formaldehyde
- Tidak mengandungi Bisfenol-A
- Tidak mengandungi Petroleum Distillates
- Tidak mengandungi toulene
- Tidak mengandungi Peluntur Warna
- Tidak mengandungi Bahan Perisa
- Tidak mengandungi lemak trans
- Tidak mengandungi Pewarna
- Tidak mengandungi pemanis tiruan
- Tidak mengandungi dakwat toksin
- Tidak mengandungi bahan-bahan terlarang

Anda boleh google setiap bahan diatas kesannya ke atas manusia sekiranya diletakkan di dalam bahan makanan atau suplemen. 

Marilah menukar produk anda kepada Shaklee. Menukar jenama produk kemungkinan besar boleh menukar hidup anda yang lebih baik.


Produk Kesihatan Terbaik | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
Shaklee merupakan jenama No 1 paling dipercayai dalam industri nutrisi
Kredit To : Raihanah Ahmad

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Wednesday, 23 April 2014

Suplemen Penggalak Tenaga

Ini adalah testimoni saya sendiri tentang suplemen untuk tenaga

Setahu saya dalam Shaklee ada beberapa suplemen pemberi tenaga (segera atau berpanjangan). Kecuali CoQHealth, yang lain memang habis saya cuba / makan. Apa kesannya?

1. Vitalea
Memang pemberi tenaga segera. Setakat ini hari-hari pun saya ambil, jadi susah juga nak pastikan testimoni berkenaan tenaga ni.


Memberi Tenaga | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
Vitalea terkenal dengan teknologi explotab yang menjana tenaga segera


2. Cinch Tea
Saya ambil cinch tea sejak setahun lalu bila saya rasa kerap letih. Bila balik rumah mesti tidur lepas magrib. Jadi saya cuba ambil cinch tea. Memang berkesan alhamdulillah.

Semalam saya tak ambil cinch tea, sebab saya tak tambah stok saya, jadi tiada cinch tea di rumah. Benda ni berlaku dengan izin Allah juga. Apa yang berlaku adalah lepas magrib saya terus tidur dengan anak-anak. Memang sukar nak bangunlah semalam, cuma gagahi jugalah untuk solat Isya dan solat tahajut serta update blog. Tapi lepas tu memang sampai pagi tidur.


Memberi Tenaga | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
Cinch Tea meningkatkan metabolisme dan sebagai penggalak tenaga


3. CoQHEalth
Saya baru ambil CoQHealth tengahari tadi. Memang penuh enegetik.Walaupun hadiri kursus petang tadi, mata saya memang celik. Dan badan mampu bertahan cergas walaupun tanpa cinch tea.


Memberi Tenaga | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
CoQHealth Plus membantu penghasilan tenaga pada sel



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Friday, 18 April 2014

Solusi Bagi Mereka Yang Takut Telan Vitamin Tablet

Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Dulu dulu saya hairan bila dengar ada orang yang tak mampu nak telan ubat biji. Sama juga tak mampu nak telan vitamin yang dalam bentuk tablet atau kapsul. Kelakar pun ada. Sebab dalam otak saya terfikir fikir, aik? dah besar panjang pun tak boleh telan pil.

Semakin saya kenal ramai orang, bertambah tambah ada dikalangan kawan kawan saya yang tak boleh telan pil. Kesian.. kadang kadang tuh sampai sakit teruk sangat sangat pun terpaksa potong paracetamol kepada 4 bahagian dan telah satu persatu. Tersembul sembul bijik mata nak telan pil. Serius juga masalah nih ekk rupanya. Hehehe.


Perkara ini juga menjadi masalah sekiranya mereka ingin mencuba menjinakkan diri dengan pengambilan vitamin. Tak mampu nak telan vitamin yang boleh tahan juga saiznya. Namun Shaklee sangat memahami. Terdapat 3 jenis vitamin dalam bentuk serbuk untuk mereka yang tak mampu telan vitamin tablet.

Program ini dinamakan Mighty 3 Gems Programme. Dalam program ini terdapat 3 jenis serbuk vitamin dari Shaklee iaitu Meal Shakes, Perfomance Drink dan ESP. Ketiga vitamin ini sangat sesuai diambil waktu sarapan di mana selalunya kita akan cenderung untuk tidak mengambil sarapan disebabkan nak cepat dan sibuk. Namun seperti yang kita ketahui sarapan adalah sangat penting untuk mulakan hari dengan lebih bertenaga dan sempurna. 

Ramai yang tidak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang.
  • Kurang peka.
  • Mengambil  masa yang lama untuk bertindakbalas.
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah.
  • Produktiviti kerja menurun.

Set Mighty Triple Gems ini dapat membantu anda untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat. Antara kebaikannya ialah :

  • Bertenaga sepanjang hari.
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan.
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  • Bagi yang ingin berpuasa, sangat sesuai di ambil semasa bersahur.

Buat anti-tablet diluar sana, jangan gusar gusar lagi. Set Mighty Triple Gem ini boleh membantu anda untuk mendapatkan keperluan vitamin yang terbaik untuk tubuh anda.



Kredit To : Hasliana



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

 

Tuesday, 8 April 2014

Vitamin Shaklee Mahal. Betul atau Tidak?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Bagi orang yang tak biasa ambil supplement atau memang tak pernah ambil tahu tentang supplement, bila buat keputusan untuk ambil supplement..perkara pertama yang biasa orang akan survey adalah harga dan kualiti vitamin. Sedia maklum, bila masuk farmasi..macam-macam jenis vitamin ada. Daripada yang paling mahal hinggalah yang paling murah. Kemudian, bagi yang tak biasa makan vitamin dan nak berjimat-jimat ni akan ambil yang murah sebab nak berjimatlah katanya...

Dalam entry ini, erna nak kongsi dengan anda semua yang vitamin Shaklee ni bukanlah mahal seperti yang di sangka. Kualiti? Ye..erna akui. Vitamin Shaklee adalah produk berkualiti tinggi dan harga adalah harga mampu milik. Bestkan? Kualiti tinggi. Harga mampu milik. Kiranya vitamin shaklee ni adalah vitamin mewah. Haaa...meh erna terangkan lebih lanjut lagi dibawah ini.

Ada yang bertanya, kenapa vitamin Shaklee nie mahal berbanding vitamin yang berlambak di pasaran? Nak kata dari segi kuantiti, kadang-kadang yang di jual di pasaran tu nampak lebih berbaloi, dah lah harganya murah...tapi, pernahkah anda terfikir mengapa vitamin shaklee ini masih menjadi pilihan erna? Menjadi pilihan ramaiiii orang di luar sana?

Perlu anda ketahui, vitamin Shaklee ialah vitamin natural/ semulajadi, asli tanpa sebarang pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel dan BUKAN vitamin sintetik.

Adalah penting untuk anda yang mengambil vitamin tahau perbezaan di antara vitamin semulajadi & vitamin sintetik:
1. Penghasilan
-Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.
-Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.Keserasian dengan badan
-Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
-Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga
-Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
-Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan
-Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
-Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang
-Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
-Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Ok, dibawah ini pula antara yang selalu disurvey oleh kebanyakkan orang sebelum membeli vitamin. Harga! Jom kita lihat, mahal ke vitamin Shaklee ni?

B COMPLEX (RM52.00)
Contohnya B complex, harga retail RM52. Jika dihitung, RM52 / 4 bulan (120 biji) = RM 13 sebulan!

VITAMIN C CHEWABLE (RM36.00)
Bagaimana pula dengan vitamin c yang menjadi kegilaan ramai tu? Vitamin c chewable berharga RM36 dan mengandungi 90 biji sebotol. Kanak-kanak hanya memerlukan sebiji sehari pengambilan. Sebulan hanya memberi kos sebanyak RM12 Sahaja! Sekiranya dibandingkan dengan vitamin c yang banyak terdapat di pasaraya & farmasi, ada yang berharga RM30 untuk sebulan sahaja. MAHALKAH SHAKLEE?

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
Harga runcit = RM92 (180 biji/botol)
Penggunaan selama 6 bulan
Satu hari = RM92/180 = 51 sen
Hanya 51 sen untuk memberi khasiat Vitamin C bersamaan dengan tujuh setengah biji oren!
Haaaaaa!! Siapa kata produk Shaklee mahal. Jimat dan berbaloi kan? Cuba anda kira untuk produk-produk lain pulak. Dan harus diingat kandungan produk Shaklee semulajadi melebihi kandungan vitamin lain.

ZINK KOMPLEKS (RM33.00)
Pernah diceritakan oleh seorang rakan pengedar shaklee, pelanggan dia mahukan set kesuburan memberitahu bahawa sebelum ini beliau mengambilan suplemen zink yang disyorkan oleh doctor setelah membuat pemeriksaan kesuburan. Harga sebotol zink tersebut adalah RM150 untuk 60 biji dan memerlukan pengambilan 2 biji sehari. Ia membawa maksud bajet sebulan beliau adalah RM150 untuk suplemen zink sahaja.
Tahukah anda zink kompleks Shaklee cuma berharga RM33 untuk 120 biji sebotol? Jika inginkan set kesuburan lelaki yang terdiri daripada zink dan vitamin E, kos kedua-duanya adalah RM178.00 untuk 2 jenis suplemen yang mampu bertahan sehingga 4 bulan! Bukan sahaja anda dapat 2 jenis suplemen untuk harga yang hampir sama, malah bajet anda jimat sehingga 4 bulan!

MAHAL KE? MAHAL TAK? 
Oh.. itu belum lagi jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Selain mendapat harga yang istimewa, pelbagai lagi kelebihan yang anda akan nikmati!
Renung-renungkan.. dan bijaklah dalam membuat keputusan. 

Kredit To : Erna



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

 

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...