Showing posts with label Jom Join Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Jom Join Shaklee. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan |

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan | Dalam kebuntuan memikirkan entry apa yang hendak di siarkan di blog ini, tiba-tiba saya mendapat idea untuk berkongsi dengan semua tentang fakta ini. Iaitu mengenai rekod perubatan kami sekeluarga bagi tahun 2012 sehingga 2014.

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Kenapa perlu berkongsi maklumat ini? Di akhir entry ini nanti saya akan huraikan secara detail ye.... Okay, jom lihat dulu rekod-rekod perubatan berikut :

1) Tahun 2012 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


2) Tahun 2013 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

3) Tahun 2014 : Bilangan ahli keluarga - 7 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Rekod diatas sebenarnya dicatat oleh suami bagi tujuan medical claim. Syarikat tempat suami bekerja tu hanya bagi RM1500 setiap orang untuk tujuan perubatan. Sebab itulah rekod untuk 2012 dan 2013 terhenti bila kuota tersebut telah habis.

Untuk tahun 2012, kuota telah habis pada 25/06/2012 dan bagi tahun 2013, kuota telah habis pada 24/07/2013. Untuk tahun 2014 pula, sehingga 28/08/2014, kuota masih berbaki sebanyak RM469.80.

Untuk makluman semua, kami sekeluarga telah mengamalkan pengambilan supplement Shaklee sejak September 2013. Dengan izin Allah, banyak kesan positif yang telah kami alami dan rekod diatas itu tadi adalah salah satu daripadanya.

Fakta yang lain tetapi berkaitan dengan rekod diatas tadi ialah tentang kekerapan kami ke ke klinik telah berkurangan dari 21 lawatan pada tahun 2012 ke 19 lawatan pada tahun 2013 dan terkini, hanya 13 lawatan pada tahun 2014.

Secara tidak langsung juga jumlah ubat di dalam peti ais kami turut berkurangan. Ini bermakna tahap kesihatan kami sekeluarga bertambah baik meskipun bilangan ahli keluarga kami juga kian bertambah. Alhamdulillah....

Pencapaian dan kegembiraan inilah yang saya ingin kongsikan dengan semua pembaca. Pasti kita semua akan gembira apabila semua ahli keluarga kita sihat dan ceria.

Insya-Allah pada entry yang akan datang saya akan berkongsi pula tentang perubahan yang dialami oleh kami sekeluarga dari segi penyembuhan penyakit. Moga entry ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada semua tentang kelebihan produk Shaklee dan kepentingan kesihatan untuk kita semua.

Akhir kata, saya ingin berkongsi sebuah pesanan dari seorang Doktor yang juga mengamalkan Shaklee yang mengimpikan untuk melihat hospital-hospital di Malaysia ini lengang (tidak sepadat sekarang) kerana rakyat Malaysia telah mengamalkan pemakanan supplement dan cara hidup yang sihat. Jom sahut seruan ini....

Wallhua'lam..

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Friday, 6 June 2014

Triple Celebration - 28 May 2014

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lebih seminggu blog ni tak di update. Bukan kerana takde cerita yang boleh dikongsi tetapi kerana tiada masa yang terluang untuk mengadap laptop untuk mengupdate blog.

Hari ini saya menggagahkan diri untuk berkongsi pencapaian yang saya perolehi sempena sambutan hari guru peringkat daerah Kuala Selangor minggu lepas iaitu pada 28 Mei 2014. Pada asalnya niat hati hanyalah untuk mewakili sekolah untuk menghadiri sambutan hari guru tersebut sahaja. Tak sangka plak, sehari sebelum majlis sambutan tersebut, saya di beritahu yang sekolah saya - telah terpilih memenangi kategori pencapaian Bahasa Arab terbaik untuk Peperiksaan Sijil Rendah Agama (untuk tahun kedua berturut-turut) dan saya pula terpilih sebagai Guru Bahasa Arab Terbaik untuk daerah Kuala Selangor. Alhamdulillah... 

Tuesday, 29 April 2014

Gold Coast Resort Morib - Percutian Keluarga


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak berkongsi tentang percutiaan keluarga kami ke Gold Coast Resort di Morib pada 4-6 April yang lepas. Dah 3 minggu berlalu baru nak citer ke? Minta maaflah sebab terlambat… it’s better than never kan… J

Percutian ini di uruskan oleh suami. Dia kata sempena birthday anak kami yang sulong, Darwish yang ke-8 tahun pada 6 April dan juga sempena pencapaian kami dalam menjalankan bisnes Shaklee yang memuaskan. So, why not kami raikan sekeluarga. Alhamdulillah..

Sebelum bertolak, sempatlah google untuk mendapatkan beberapa tips daripada blogger2x yang pernah bercuti di sana seperti :
1.       http://www.yanty.my/2013/12/bercuti-di-gold-coast-morib.html
2.       http://www.qasehdalia.com/2013/12/bercuti-di-gold-coast-morib-water-theme.html
3.       http://zahira-niche.blogspot.com/2014/01/gold-coast-morib-international-resort.html
4.       http://akutopsecret.blogspot.com/2014/01/bercuti-di-gold-coast-morib-familyday.html

Dengan sedikit panduan yang diberi, dapatlah kami merancang dan what to expect dari percutian ini.

Sunday, 27 April 2014

Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee?

Bagaimana menjadi ahli Shaklee?
Ramai yang bertanya, keahlian Shaklee RM65 atau RM75 atau RM85?

OK biar saya jelaskan disini:

Sebenarnya keahlian Shaklee berharga RM65. Itu hanya akan dapat keahlian dan memberkit. RM75 dan RM85 pula adalah keahlian, memberkit dan kos penghantaran ke Semenanjung dan Sabah / Sarawak.

Macamana pula keahlian percuma?

Keahlian percuma akan diberikan bagi pembelian bernilai 200uv (unit volume) atau mudah kiranya sekitar RM650. Dengan cara ini anda akan dapat produk, keahlian, point 200uv dan memberkit. Dengan point 200uv tu anda terus layak mendapat rebet daripada Shaklee bernilai sekitar RM20++.

Anda boleh mendapatkan keahlian percuma dengan cara dibawah:

1. Beli 2 botol Vivix; atau
2. Beli 3 kotak Shaklee Collagen Powder; atau
3. Beli apa-apa produk yang bernilai RM650

Saya boleh berikan senarai produk untuk anda pilih nanti. Jika pembelian RM800 ke atas akan mendapat pos percuma.

Jelaskan? Jangan malu-malu bertanya ya.

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

Kredit To : Raihanah

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Marriot Putrajaya, Aku Datang!


Sebuah perkongsian mengenai seorang ahli Shaklee yang telah berjaya... 
Moga menjadi inspirasi kejayaan untuk semua

***********

Sebenarnya saya ada hutang 2 artikel berkenaan pengalaman saya coaching bersama-sama Master Ira dan Master Laila

1. Family Day Legasi Anugerah Terindah
2. Coaching Bersama Empayar Mommy Zura dan Master Laila

Tapi untuk posting malam ini saya nak cerita berkenaan personal coaching saya hari ini.

Hari ini sebenarnya hari yang sibuk juga buat saya. Saya set dengan Master Ira kebetulan beliau datang ke KL, set tarikh sejak 2 minggu lepas. Alhamdulillah dapat book slot dengan beliau. Sepatutnya jumpa Sabtu 12/4/2014 lagi, tapi ditunda atas permintaan beliau.

Jadi tunda pun saya setuju, alhamdulillah anak-anak Shaklee pun ok. Group yang hadir bersama saya ni memang team yang bersungguh-sungguh nampak gayanya. Semoga semangat itu kekal membuak-buak sehingga berjaya capai Master semuanya. Amiin


Pendapatan Sampingan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Hujung tahun ini gambar saya pula akan menjadi sebahagian daripada jutawan Shaklee
Ok, sebab hari ni sibuk ialah sebab saya berulang ke IJN menjaga ayah saya yang dimasukkan ke wad semalam disebabkan oleh darah tinggi. Bacaan semalam 178/90 tak silap. Mula-mula cuak juga fikirkan sebab hari ni memang saya ada 2 agenda dalam perancangan. Salah satunya coaching personal dengan Master Ira.

Tapi saya tawakal, saya berdoa agar Allah permudahkan dan Allah sembuhkan abah. Tentang hal abah ni saya cerita posting lain la ya. Mula-mula tu dah berat hati nak jumpa Master Ira ni dalam keadaan abah terlantar. Tapi alhamdulillah Allah lorongkan juga, sebab abah nampak dah recover. Tengahari bacaan dah turun 137/90 gitu. 

Jadi memang saya confident pergi juga jumpa Master Ira. Sebab kelam kabut, tingkap kereta saya yang memang sedia bermasalah (jemmed), didapati jemmed la. Cuak saya disepanjang perjalanan. Hujan renyai-renyai lagi, nak singgah solat lagi. Saya tawakal je la. Alhamdulillah sampai jua ke destinasi. Kereta saya tinggal kat parking diiringi doa. Dalam doa pun saya gi juga cek 2 kali sepanjang berada di sana. Cuak punya pasal. 

Ok di Marriot Putrajaya, kami jumpa Master Ira.


Pendapatan Sampingan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Marriot Putrajaya menjadi lokasi coaching personal bersama Master Ira
Perkongsian kali ini adalah perkara-perkara basic, sebab anak cucu saya pun masih baru dalam bidang ni. Saya kami kongsikan cara buat blog dan asas mengapa berbisnes.

Walaupun motifnya lebih kepada anak cucu saya, saya pelajari juga sesuatu daripada Master Ira. Iaitu pentingnya jadual waktu. Ya, memang saya ni ikut dan je buat kerja. Hasilnya mungkin saya telah mengguris perasaan suami dan anak-anak dan keluarga. InsyaAllah saya cuba perbetulkan yang ini.

Dalam Shaklee, atau bisnes lain, anda mesti ada matlamat. Matlamat inilah yang akan memandu anda di sepanjang perjalanan. Kalaulah saya kalah dengan pelbagai ujian hari ini, tak mungkin saya akan dapat pelajari ilmu yang saya dapati di Marriot.

Jumpa anda di puncak Master :)


Pendapatan Sampingan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Personal coaching bersama Master Ira




Pendapatan Sampingan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
khusyuk


Pendapatan Sampingan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Group ohsem bersama Master Ira

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

Kredit To : Raihanah



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim


Wednesday, 23 April 2014

Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan

Tadi sempat godek-godek FB saya dari tahun 2012. Tahun itu seingat saya memang tahun yang sangat mencabar fizikal, minda dan emosi saya. Mungkin pada umur saya masa tu dan situasi menyebabkan saya tak mampu nak uruskannya dengan baik. Masa tu;

1. Ada anak kecil bawah 1 tahun. Dan abang berumur 4 tahun
2. Terpaksa balik lewat setiap hari, keluar pun awal.
3. Mesyuarat dan aktiviti kerja mesti kena marah/belasah minda
4. Jiwa kacau, tertekan, masalah keluarga sebab saya kerja lebih masa

Semua tu hanya memberikan tekanan kepada saya. Kemuncaknya pada awal tahun 2013 saya menulis surat berhenti kerja kepada majikan saya walaupun pada ketika itu saya tidak punyai apa-apa backup plan. (Backup plan baru nak plan).

Bila dah submit surat berhenti memang minda dan emosi rasa sangat tenang, seumpama melepaskan suatu beban yang sangat berat. Tetapi saya tarik balik surat berhenti itu atas permintaan bos saya, itu pun sebab saya dialihkan tanggungjawab tidak lagi mengepalai projek tersebut, sebaliknya hanya mengetuai skop-skop yang lebih kompleks di dalamnya.

Bukan perihal berhenti kerja yang ingin saya fokuskan. Tetapi adalah kepentingan adanya backup plan dan apakah turning point?

Turning Point

Ini bukan air turn back ya, ini turning point. Dalam hidup, mesti ada satu situasi yang menyebabkan kita berpaling daripada landasan asal kita. Situasi yang menyebabkan kita berfikir semula, apakah sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup? Asyik bekerja sehingga melalaikan anak-anak? Duit yang banyak?

Ya saya mahukan duit yang banyak, tetapi saya mahukan masa kualiti dengan anak-anak saya. Saya mahukan kebebasan kewangan dan saya mahukan pendapatan pasif. 


Ketika itulah saya tersedar bahawa perlunya saya ada perancangan rapi untuk bekerja sendiri. 

Backup Plan

Ini bukanlah macam cerita Backup Plan lakonan JLo, sebaliknya adalah backup plan sekiranya apa-apa berlaku kepada current majikan kita. Ini pun menjadi salah satu perhatian saya, sebab kata orang syarikat ni takkan sayangkan kita bila kita sakit. Tak tahu la betul ke tidak, tapi selagi kita sekadar pekerja, selagi itulah kita kena hati-hati. 

Shaklee menjadi pilihan

Sejak itu memang saya mencari-cari bidang yang akan menjadi pilihan saya. Salah satunya Shaklee. Ini pun sebab saya memang pengguna Shaklee dan saya memang tak tahu langsung Shaklee ni mampu membayar pengedarnya dengan SANGAT BANYAK okey! BANYAK! Bila saya dah serius betul dengan Shaklee baru saya tahu ada pengedar yang dibayar sebanyak RM1juta sebulan. Milionarie gitu.

Matlamat saya cuma ingin menjadi WAHM, mempunyai masa kualiti dengan anak-anak dan keluarga disamping menjana pendapatan lumayan, membantu masyarakat lebih sihat dan bahagia serta membantu dakwah dan perjuangan Islam. Semoga Allah kabulkan hasrat ini. 

Anda pula bagaimana?

Apakah turning point anda? Apakah backup plan anda? Bahagiakah anda sekarang? Hubungi saya untuk saya bantu anda.


Pendapatan Tambahan | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
Masa depan anda ditentukan oleh tindakan anda hari ini, bukan esok. Jangan lengahkan

Kredit To : Raihanah



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

 

Tuesday, 22 April 2014

Program Ganjaran Tunai Shaklee

Peluang Jana Pendapatan di Shaklee

Ganjaran | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com


Tak seperti MLM lain, seseorang boleh mendapat pendapatan di Shaklee dengan pelbagai cara. Namun bagi artikel ini saya tuliskan berkenaan Ganjaran Tunai.


Ganjaran | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com


Program Ganjaran Tunai

1. Bonus Kumpulan Peribadi (21%)
Bonus peribadi bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat seirinng dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. Untk melayakkan diri menerima bonus peribadi, pengedar mesti mempunyai paling minima 30UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.

2. Bonus Kepimpinan (21%) sehingga 6 paras ke atas
Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan pemimpin jualan yang baru di dalam organisasi anda (break out). Bonus kepimpinan dibayar kepada semua pemimpin jualan yang layak dan menepat prestasi yang digariskan untuk bonus ini.

Bonus kepimpinan dibayar berasaskan kepada PV kumpulan sehingga pemimpin jualan tahap keenam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar kiraan mata pada tahap pertama (first level point count) dalam kumpulan tersebut.

3. Insentif coordinator (sehingga 1.5%)
Bonus insentif khas Shaklee (insentif coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat coordinator dan ke atas, yang layak.

Dipetik daripada shaklee.com.my

Monday, 21 April 2014

Dulu dan Sekarang - Anda Bila Lagi?


OK saya ingin berkongsi gambar di bawah ni. Ini adalah perbandingan salah seorang pengedar Shaklee, dulu bekerja makan gaji, kini bekerja WAHM dengan pendapatan lima angka. Nak enam angka pun boleh tu.

Gaji beliau ketika berhenti bekerja adalah sekitar 4 angka, namun selepas menyertai bisnes Shaklee terus melonjak ke lima angka. Ha.. melopong dah tu. Terbakar tak rasanya?

Ramai lagi yang saya kenal memang dah enam angka pun, alhamdulillah makin ramai muslimah yang jutawan, memberi kelebihan kepada keluarga dan agamanya sendiri.


Pendapatan Sampingan | Shaklee | www.ummudd80.blogspot.com
Pilihan di tangan anda

Fakta lain yang mungkin anda tidak tahu

1. Shaklee tidak meletakkan sebarang kuota kepada mana-mana rank dalam Shaklee. Contohnya MAstar (rank tertinggi) tiada had berapa orang pada sesuatu masa. Jadi nak ramai-ramai jadi master pun memang boleh sangat.

2. Shaklee juga tidak meletakkan sebarang had kepada bonus yang diterima setiap bulan. COntohnya Shaklee tidak syaratkan had bonus setiap orang atau bagi rank tertentu adalah sekian-kian RM. Sebab itu kita lihat ramai jutawan Shaklee peroleh bonus banyak setiap bulan.

Kredit To : Raihanah



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Saturday, 19 April 2014

Apa Angan-Angan Anda? Mahu Realisasikannya?

Malam ini saya nak bekongsi kisah kejayaan seorang Master kami yang memulakan bisnes dengan memasang vita-cita ataua angan-angan sebelum berjaya dalam Bisnes Shaklee ini...

******

Kali ini saya nak tunjukkan kepada anda kereta baru salah seorang Master kami. Beliau ni saya kenal masa masih di universiti lagi. Sejak dulu memang baik orangnya, lemah lembut, pandai Bahasa Arab usah ceritalah bagaimana kagumnya saya dengan beliau sejak dulu.

Kini bertambahlah lagi kekaguman itu. Dah drive BMW tau. Seingat saya income memang dah 6 angka, saya rasa bulan Mac 2014 ni memang lagi naik mencanak tu. Alhamdulillah, beliau juga salah seorang dermawan.


Master dengan kereta barunya

Semoga ramai lagi jutawan Muslimah akan muncul, termasuk saya. InsyaAllah, biiznillah.

Sebenarnya apabila melihat sendiri kejayaan mereka ini, barulah saya percaya dengan jalan ini. Sebabnya Master ni semua kebanyakkannya orang yang saya kenal sejak kampus lagi. Mereka saya kenal secara peribadi dan saya tahu tidak menipu.

Ini kereta impian saya. Kenapa besar sangat? Sebab anak ramai :P


Vellfire, kereta idaman

Sebelum memiliki kereta mewah macam ni, saya nak settle dulu hutang-hutang i.e hutang rumah. If possible boleh bayar dalam tempoh 2 tahun pun memang ok sangat. Sebab kami ni masih belum ada apa-apa, mesti settle rumah dulu.

Lepas rumah, fikir melancong setiap tahun pula. Opps... Apapun saya juga berniat untuk hantar anak-anak persekolahan agama yang baik. Di samping membiayai tabung akhirat saya serta tak lupa gembirakan ibu ayah saya. InsyaAllah mudah-mudahan hasrat suci akan dikabulkan Allah jua.

Anda pula? Bagaimana impian anda? Apa angan-angan anda? Takkan nak tengok orang lain saja berjaya?Mari realisasikannya bersama-sama kami. Contoh kejayaan ada di depan mata kita, mengapa mesti tunggu?


Perkara yang hebat berlaku kepada mereka yang tidak berlengah

Kredit To : Raihanah



****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

 

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...