Tuesday 29 April 2014

Gold Coast Resort Morib - Percutian Keluarga


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak berkongsi tentang percutiaan keluarga kami ke Gold Coast Resort di Morib pada 4-6 April yang lepas. Dah 3 minggu berlalu baru nak citer ke? Minta maaflah sebab terlambat… it’s better than never kan… J

Percutian ini di uruskan oleh suami. Dia kata sempena birthday anak kami yang sulong, Darwish yang ke-8 tahun pada 6 April dan juga sempena pencapaian kami dalam menjalankan bisnes Shaklee yang memuaskan. So, why not kami raikan sekeluarga. Alhamdulillah..

Sebelum bertolak, sempatlah google untuk mendapatkan beberapa tips daripada blogger2x yang pernah bercuti di sana seperti :
1.       http://www.yanty.my/2013/12/bercuti-di-gold-coast-morib.html
2.       http://www.qasehdalia.com/2013/12/bercuti-di-gold-coast-morib-water-theme.html
3.       http://zahira-niche.blogspot.com/2014/01/gold-coast-morib-international-resort.html
4.       http://akutopsecret.blogspot.com/2014/01/bercuti-di-gold-coast-morib-familyday.html

Dengan sedikit panduan yang diberi, dapatlah kami merancang dan what to expect dari percutian ini.


Day 1
Kami bertolak dari Desa Coalfield , Sungai Buloh pada jam 12.30 tghari. Perjalanan yang santai tanpa perlu tergesa-gesa disebabkan check-in hotel hanya boleh start bermula jam 3.00 petang. Setibanya kami di Bandar Banting pada jam 2.00 petang, suami beritahu yang Bandar Banting telah banyak berubah. Dulu beliau pernah menuntut selama 2 tahun di Kolej Mara Banting sekitar awal 90-an. Ketika itu, Bandar Banting seperti bandar koboi – sepi dari trafik. Kini bandar Banting pesat membangun. Walaupun ada jambatan yang besar merentasi Sungai Kuala Langat tapi trafik tetap sibuk.

Kemudian kami mencari kedai untuk membeli pelampung air untuk Dhahir dan Daris. Setelah 3 kali mengelilingi Bandar Banting, baru terjumpa kedai yang di cari. Harga pun murah dalam RM7 je.

Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan dengan berpandukan “GPS Google Map”. Dalam 10 minit kami sampai ke destinasi. Ketika itu kami sampai serentak dengan rombongan “Konvoi Wira”. So, kat area parking tu agak padat dan sesak. Selepas berjaya mendapatkan parking, terus ke kaunter pendaftaran dengan membawa Groupon Voucher dan booking confirmation dari hotel. Ramai orang tengah beratur ketika itu dan suami terserempak dengan kawan lamanya semasa belajar di PPP ITM Shah Alam dahulu. Menurut suami, kawannya itu sekarang bertugas sebagai Pensyarah di UKM Bangi. Beliau ada group discussion di hotel ini tapi boleh bawa sekali family.  Macam berjanji je datang ke hotel nie…. :)

Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh 

Berposing Sebelum Naik Ke Bilik Hotel

Selepas check-in, kami mengerjakan solat Zuhur dan Asar di bilik hotel. Setelah selesai, anak-anak terus tak sabar untuk pergi ke taman tema air di bawah tu.

Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai BulohGold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh
Berposing Sebelum Turun Mandi

Suami hanya benarkan anak-anak mandi dalam tempoh sejam sahaja sebab nak dinner awal katanya. Tak nak lah dinner lewat sebab nanti takut ramai orang dan lauk pun habis.


Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh

Aksi Pertama Setelah Terjun Kolam


Jam 5.30 kami naik ke bilik hotel dan dalam pukul 6 petang kami turun ke dewan makan. Menu yang disediakan amat memuaskan hati dan kitchen hotel ini ada pengiktirafan Halal dari pihak berwajib. So, kami makan tanpa was-was, aman dan penuh bersemangat sebab lapar. He! He! He!...

Setelah selesai makan, kami adakan sedikit jamuan besday untuk Darwish. Pihak hotel telah menyediakan sebiji kek dan sebuah hadiah untuk Darwish. Walaupun simple, ianya amat bermakna untuk besday boy saya tu.

Selepas mengerjakan solat Maghrib & Isyak, kami berendam lagi tapi kali ni di Jacuzzi yang tersedia di dalam bilik air. Jacuzzi ini amat besar, kami sekeluarga (termasuk baby Delisha) muat berendam di dalamnya. Best sesangat… Ha! Ha! Ha!


Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai BulohGold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh

Jacuzzi Yang Boleh Memuatkan Kami Sekeluarga



Hari Kedua
Selepas solat Subuh, suami gi keluar mencari sarapan di kedai berhampiran. Menu yang di cari tentunya roti canai yang menjadi kegemaran anak-anak. Dalam jam 8 pagi, Darwish dan Dhamir gi ke Taman Air. Yang lain pergi ke dewan makan (Pakej Bed & Breakfast). Kenapa kami je yg gi makan? Sebabnya pakej breakfast ini utk 2 orang je. So, yang Abang2x tadi dah makan roti canai tadi. Dia org pun x kisah sbb lebih excited nak mandi kat kolam air tu.

Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai BulohGold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh
Antara Pose-Pose Yang Sempat Di Ambil



Lebih 2 jam gak suami dan anak-anak menghabiskan masa di taman tema air tu. Saya dan Delisha je yang x mandi..  cuma jadi camerawoman jek… Sungguh teruja tengok anak2x gembira. Suami pun sanggup melayan karenah anak dengan bersama bermain gelongsor air yang mempunyai pelbagai ketinggian dan saiz. Habis semua di cubanya...


Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai BulohGold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh

Susah Nak Suruh Posing Bila Dah Masuk Kolam Nie...


Dalam 10.30, kami semua naik ke bilik hotel. Kali ini sambung mandi di Jacuzzi plak. Saya pun join sekali. Sekurang-kurangnya tak lah terkilan sangat tak dapat mandi di bawah tu tadi…

Dalam kul 12.00, kami check-out dan bergerak balik menuju ke Sungai Buloh. Ternyata ianya sebuah percutian yang amat menyeronokkan bagi kami sekeluarga.

Gold Coast Morib | Percutian | Shaklee | Sungai Buloh


Suami dah bagi hint yang bulan depan pun dia dah arrange satu lagi percutian. Bila dan dimana? Tunnngggguuuu….. :)

4 comments:

  1. Thank you sis for the backlink. Bestkan pi , tambah2 dgn anak2 memang seronoklah mereka ye.

    ReplyDelete
  2. Memang best sesgt..
    Anak-anak pn sibuk suruh gi lagi nie... :)
    Thank for your earlier visit trip

    ReplyDelete
  3. salam.. nak ty.. awak menginap kat studio suite ke?

    ReplyDelete
  4. salam, nak ty.. awal menginap kat studoi suite ke?

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...