Monday 21 April 2014

Tips Uruskan 4 Anak Di Awal Pagi Tanpa Maid

Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.

Shaklee | Sungai Buloh | ummudd80.blogspot.com


Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.

Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.

Antara tips yang membantu saya:

1) Bereskan pada waktu malam
Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri. Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.


2) Bangun awal pagi.
Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci. Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.


3) Tenang-tenang aja
Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan. Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.

Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 - 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.


4) Delegasi kerja urusan sendiri
Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya 'delegasi'kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.

Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.


5) Mohon bantuan anak
Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan. Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.


6) Kekuatan Spiritual dan Mental
Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress. Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat "Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya"

Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan "MASALAH" dengan "CABARAN". Perkataan "Masalah" menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.

Kredit To : Ida Fadliza

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...