PERSONALITI dan pengacara TV Al- Hijrah yang sedang meningkat naik, Amin Idris menjadi mangsa terbaru seorang pengguna Skype dari Filipina.
Sejak akhir-akhir telah banyak kedengaran aduan mengenai kegiatan tak bertanggungjawab ini yang dikatakan semakin menjadi-jadi.
Suspek pada mulanya dikatakan akan berbual dengan mangsanya melalui video dalam laman sosial itu.
Setelah berjaya mendapat visual mangsanya, suspek akan ‘mencantumkan’ visual tersebut dengan futej-futej tertentu sehingga menampakkan seolah-olah mangsa sedang berfoya-foya di kelab malam, mabuk, bergaul bebas dengan wanita seksi dan sebagainya.
Suspek kemudian mengugut akan menyebarkan video berkenaan jika mangsa tidak memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.
Modus operandi yang sama berlaku kepada Amin, yang juga seorang penceramah motivasi.
Ini luahannya yang dibuat dalam akaun FB beliau;
Semoga Amin tabah menghadapi fitnah besar ini. Diharapkan Amin membuat laporan rasmi kepada pihak polis agar suspek boleh dibawa ke muka pengadilan. – Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment