Wednesday 16 April 2014

Wardina Dan Nur Puteri Dayana Diserang Penyokong Ustaz Don



www.mynewshub.my




Wardina Safiyyah dan Nur Puteri Dayana, yakni individu yang memuat naik himpunan video dakwa Ustaz Don Daniyal Biyajid yang didakwa mempunyai kandungan dari sumber tidak sah dan mistik serta hadis palsu dikecam penyokong ustaz berkenaan.

BACA – PANAS….Wardina Dakwa Dakwah Ustaz Don Daniyal Biyajid Tidak Sahih – Berasaskan Sumber Mistik

Kedua mereka yakni Wardina dan Puteri didakwa sebagai Wahabi dan ramai yang menasihatkan Wardina agar merujuk terus dakwaan beliau kepada Ustaz Don.


www.mynewshub.mywww.mynewshub.my

Berikutan itu, kedua mereka mengeluarkan kenyataan balas mempertahankan diri dan menjawab tuduhan yang dilemparkan;

Wardina berkata;

Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair. Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan? Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita. Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung…video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz. Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.

www.mynewshub.my

Puteri pula berkata;
Pengikut tegar sudah sampai tahap TAKSUB…Sedih baca komen2 mereka…Begitu kuat pertahankan individu lebih dari AGAMA ISLAM itu sendiri…
Tidak setuju dgn DON dikira WAHABI ??? Baru ku tahu apa itu wahabi…
ANeh dan Aneh istilah wahabi maknanya golongan yg menentang DON…
Menentang kebatilan DON pula boleh dibawa masuk kategori menentang ULAMA…
Menentang ULAMA kiranya menentang Allah…
Ambil hadis sekerat iaitu sesiapa yg memusuhi wali Allah maka Allah ishytiharkan perang terhadapnya…
KESIMPULANNYA : Maka kita yang menentang penyampai hadis palsu ni dikira menentang ULAMA dan menentang WALI Allah dan Allah ishtihar perang pd kita semua yg menentang kebatilan…
Sedih dengan pentaksub yg terlalu dewakan So CALLED ULAMA…Walaupun perkataan ULAMA langsung tidak layak diberikan padanya…Allahuakbar…Hanya ENGKAU saja yang berhak disembah dan tempat kami meminta…
SUNGGUH HEBAT TEORI MANUSIA HARI INI…TIDAK SETUJU DGN USTAZ DIKIRA MENENTANG AGAMA ISLAM ITU SENDIRI…

www.mynewshub.my
Sementara itu, sumber memberitahu Mynewshub, beberapa kenyataan dan baris ayat Ustaz Don terutama berkaitan Bani Tamim sebenarnya telah pun mendapat teguran ilmuwan dan ulamak Islam sebelum ini.

Sumber : Mynewshub

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...