Saturday 26 April 2014

Vitamin Untuk Warga Emas

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Apa khabar semua? Sihat? Harapnya semua sihat sejahtera dan sentiasa ceria. Entry kalini erna ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ummi erna, makanan tambahan ataupun vitamin yang sesuai diambil oleh warga emas ataupun orang-orang vateran. Kebanyakan customer yang pm erna tanyakan vitamin untuk ibubapa, atok nenek atau saudara mereka yang telah berumur, mereka katakan golongan ini sukar untuk menelan pil.

Untuk yang sukar dan tidak suka menelan pil, Shaklee ada alternatif lain. Kebiasaannya golongan ini memang tidak gemar menelan pil kerana faktor usia mereka. Memandangkan produk Shaklee ini kebanyakan saiz pilnya agak besar untuk golongan seperti ini, jadi erna mengesyorkan Vivix sebagai vitamin terbaik yang boleh diambil secara rutin setiap hari.
Vivix adalah sejenis minuman kesihatan yang boleh membaikpulih semula sel-sel kita. 
Mari kita lihat bagaimana Vivix berfungsi untuk membaikpulih semula sel-sel.
Vivix bertindak dengan 4 cara seperti berikut:
  • Mempertahankan Sel
  • Memberi tenaga kepada sel
  • Memperbaiki sel
  • Mempertingkatkan prestasi sel
Vivix adalah pilihan yang bagus untuk kesihatan ibu dan bapa kita serta warna emas yang kita sayangi. 
Vitamin Hebat | Shaklee | Sungai Buloh

Vivix ini mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Pendek kata, kandungan Vivix berfungsi sebagai anti penuaan, membantu badan kita melawan penyakit, merangsangkan pertumbuhan sel-sel baru dan anti oksidan.

Ianya sangat sesuai untuk warga emas kerana pengambilannya yang cukup mudah. Mereka hanya perlu memasukkan sesudu kecil Vivix ke dalam minuman kesukaan (atau air putih) dan kacau sehingga larut semuanya, dan minum hanya sekali sehari. Ia boleh juga ditelan begitu sahaja.

Sungguh mudah bukan? Kepada yang tidak gemar (kebanyakannya orang lelaki) menelan pil, boleh mencuba Vivix untuk memelihara kesihatan secara keseluruhan, insyaallah.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

Dapatkan Vivix hari ini untuk warga emas kesayangan anda!

Kredit To : Erna

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...