'8 ULAMA DUNIA BERMIMPI BAHAWA DAJJAL SUDAH MUNCUL' - USTAZ KAZIM ELIAS |
Berikut merupakan tweet Twitter yang dipos oleh Ustaz Kazim Elias
seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi di Malaysia.
Dalam tweet beliau menyatakan 8 orang ulama‘ dunia telah bermimpi yang Dajjal Al-Masih sudah muncul.
Tidak diketahui akan kesahihannya tetapi jikalau benar seperti apa yang
dikatakannya, orang Islam dikehendakkan membaca dan mengamalkan 10 ayat
terawal dalam Surah Al-Kahfi.
Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:
Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan
sifat-sifatNYA. Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya
sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman
dan aqidah manusia.
Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh
ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum
yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya.
Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri
dari terjebak mengikuti dan mempercayainya.
Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah Dajjal. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:
اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ
مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan
dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari
kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.” (Muttafaqun `alaih)
Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.” (HR Muslim 809)
Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya
terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan
jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal
sudah keluar. Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak
dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi
darinya. DemiALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira
bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau
kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah &Madinah.” (HR Bukhari)
Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan
memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…
Kredit To : Blog Mazeer
No comments:
Post a Comment