Sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini.
Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal
Coklat Pepero Terkenal di Langkawi
Saya sebelum ini ke Langkawi, dan dapati ramai betul penggemar Pepero. Ada yang memborongnya berkotak-kotak. Isteri saya sendiri membeli beberapa paket untuk dirasa pertama kali. Untuk makluman, ketika itu kami tidak pun terdetik untuk meneliti samada coklat Pepero itu ada tanda sah halal atau tidak. Selalunya kami akan periksa.Mungkin disebabkan terkena pujukan dan melihatkan adik ipar juga membeli biskut tersebut yang dipesan ramai oleh rakan mereka di Putrajaya, maka kami beli beberapa kotak kecil warna hijau Pepero Almond.
Hati Terdetik Untuk Periksa Kandungan
Entah macamana, setelah balik dari Langkawi, isteri saya memeriksa kotak Pepero, dan mendapati ada bahan-bahan kandungan pembuatannya yang meragukan. Bahan-bahan tersebut adalah Whey Powder, Glycerin, Sodium Prostate dan Shortening. Bahan-bahan ini memang terkenal terhasil dari sumber haiwan, walaupun sumber dari tumbuhan wujud. Namun, disebabkan tiada pengesahan tersebut, jadi ia menjadi bahan yang meragukan.Lalu, setelah isteri menzahirkan bahawa biskut coklat Pepero itu meragukan akan status halalnya, saya pun melakukan beberapa carian fakta. Adakah benar ia tiada tanda pengesahan halal?
Letto Pepero Almond Tidak Halal - KHA
Di atas merupakan status yang dikongsikan menerusi fanpage Sahabat Halal.
Lihat tarikh, iaitu 26 Februari 2014, ini bermakna pengirim tersebut
masih baru sahaja berhubungan dengan badan halal di Korea iaitu Korea
Halal Association.
Status di atas saya kongsikan di wall facebook dan mendapat perhatian rakan blogger Shakiddo.com. Saya menyatakan bahawa dalam direktori halal Jakim, tiada dinyatakan bahawa biskut dan coklat keluaran Lotte mempunyai sijil sah halal. Yang ada cumalah sijil halal untuk satu jenama coklat lain (bukan Pepero) yang telah dipohon oleh Hersey.

Piggybar (Aiskrim Mengandungi Daging Khinzir)
Untuk info, Lotte Confectionery Co., Ltd. merupakan salah satu cabang dalam Lotte Food. Dan antara banyak produk terkenal Lotte Food ialah Piggybar.... erkkk .. maka, apabila ada produk yang tidak halal dikeluarkan yang boleh dikatakan dari satu syarikat yang sama, pengesahan halal amatlah diperlukan. Tak gitu? Haishhh ....
Jadi bagaimana? Lotte Pepero tiada status sah halal diperkuatkan lagi,
apabila rakan blogger Shakiddo.com membuat pertanyaan kepada Jakim dan
telah diterbitkan dalam satu entri ringkas - Pepero Tiada Sijil Halal
Walaupun begitu, ada blogger terkenal yang menyatakan bahawa coklat Pepero Almond adalah halal, berikut adalah perkongsian dari Sahabat Halal yang sempat saya ambil sebagai rujukan.
Walaupun begitu, ada blogger terkenal yang menyatakan bahawa coklat Pepero Almond adalah halal, berikut adalah perkongsian dari Sahabat Halal yang sempat saya ambil sebagai rujukan.
Ok, dari satu sudut memang ada benarnya, tetapi dari satu sudut pula ada kekaburan. Apatah lagi apabila disahkan sendiri oleh blogger ini bahawa syarikat Lotte sering tukar-tukar bahan kandungan. Lagi telah disahkan juga bahawa Pepero tidak ada sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) dan Korea Halal Association (KHA). Jakim Malaysia memang tak boleh keluarkan sijil halal memandangkan ia produk import, tetapi Jakim mengesahkan bahawa produk Lotte Pepero tidak disahkan halal oleh mana-mana badan pensijilan halal antarabangsa.
Tips Mengenali Bahan Tidak Halal Menggunakan Bahasa Korea
Nak selidik? Mungkin butiran di bawah boleh bantu anda untuk ketahui samada produk dari Korea boleh dimakan atau tidak. Panduan ini adalah panduan asas yang saya ambil dari Facebook Halal Korea. Semoga bermanfaat, in Sha Allah.
Saya sudah maklumkan kepada anda dengan daya yang saya ada. Sekarang pilihan di tangan anda. Jangan silap memilih.
Bagi mereka yang dah telan berkotak-kotak Letto Pepero dalam perut seperti saya dan keluarga, tak perlulah susah payah nak pergi sertu perut tu. Mohonlah keampunan dari Allah akibat kelalaian kita. In Sha Allah, Allah Maha Pengampun.
Harapnya blog post ringkas ini dapat memberikan sedikit panduan terutama berkaitan status halal coklat yang makin digemari ramai ini - Lotte Pepero, yang nyata tiada sebarang sijil pengesahan halal. Dari tertanya-tanya, baiklah kita hindarkan.
In Sha Allah.

No comments:
Post a Comment