Khabar keretakan rumah tangga pelakon
Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan
cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam
pada Isnin depan.
Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan
permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai
kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.
Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan
lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat
dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit
masing-masing.
Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau
nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan
menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.
Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman,
31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi
enggan mengulas lanjut.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan
Sumber : Mynewshub
No comments:
Post a Comment