Bosan dengan pekerjaannya sebagai pemandu lori dengan rutin memandu dari Osaka hingga Tokyo atau Nagasaki, mengangkut beban tangki petrol, air atau bahkan coklat, Toshifumi Fujimoto memutuskan untuk "bercuti" ke medan perang.
Fujimoto (45), lelaki
berperawakan cukup gemuk ini mengambil risiko dengan melalui detik-detik
yang memacu adrenalin dengan melakukan perkara yang tidak biasa dalam
hidupnya sebelum ini. Lelaki ini menjadi pelancong perang.
Kebosanannya menjalani
rutin sebagai pemandu telah berganti dengan hari-hari yang menegangkan
dan "seru" di jalan-jalan Syria di mana di negara itu adalah tempat dia
dicabar ketika ini. Tempat baru yang mencabar setelah melalui kawasan
konflik lain di Timur Tengah, dia mengambil foto dan merakam video
sambil mengelakkan peluru.
Sebelum sampai ke Syria,
tahun lalu dia berada di Yaman semasa demonstrasi rakyat berlaku di
depan kedutaan besar AS di Kaherah Mesir, berikutan kejatuhan Presiden
Husni Mubarak. Pada akhir tahun ini, Fujimoto merancang untuk menemui
Mujahidin Taliban di Afghanistan.
Tetapi ketika ini, dia
telah dua minggu menikmati pelancongan di bandar Aleppo, salah satu
medan perang paling sengit di Syria, "bermain-main" dengan para
Mujahidin di bawah bunyi dentuman bom dan tembakan.
Dengan memakai pakaian
seragam ala tentera Jepun dan "bersenjatakan" kamera dan video, Fujimoto
berada di hadapan medan tempur. Setiap pagi dia mendokumentasikan
perang yang sedang berlangsung di salah sebuah bandar yang terbesar
Syria itu.
Fujimoto, yang tidak
boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Arab, hanya
boleh diwawancara dengan Google Translate.
"Saya selalu pergi
sendiri, kerana tidak ada pembantu pelancong yang mahu pergi ke medan
perang ini. Ini sangat menarik, dan adrenalin terpacu tidak seperti
biasanya," katanya bersemangat.
"Di Syria, lebih bahaya
untuk menjadi wartawan daripada pelancong," katanya, menggambarkan
bagaimana "setiap pagi saya berjalan 200 meter untuk berada di barisan
hadapn dan saya di sana berada di barisan tempur bersama para tentera
Pembebasan Syria (FSA)."
"Ini membuat saya kagum,
dan saya menikmatinya," katanya. Dalam suatu kesempatan, Fujimoto juga
mengambil gambar para Mujahidin Syria yang bertebaran di jalan-jalan
bandar Aleppo.
"Kebanyakan orang mengira saya ini orang Cina, dan mereka menyapa saya dengan bahasa Cina," kata beliau sambil tersenyum.
Toshifumi Fujimoto bersama mujahidin suriah (gambar ini diambil dari akaun facebook Toshifumi Fujimoto)
Semasa pertempuran
sedang sengit berlaku, dia mengambil kesempatan untuk
mendokumentasikannya, namun jika situasi bahaya para Mujahidin
memperingatkan para orang awam atau sesiapa yang bukan pejuang untuk
beredar.
Namun dia sering
mengabaikan peringatan itu dan tetap berusaha mengambil gambar yang
kemudian akan dishare di Facebooknya. Dia tidak takut mati.
"Saya bukanlah sasaran
para penembak tepat kerana saya adalah pelancong, tidak seperti kalian
para wartawan," katanya kepada wartawan AFP. "Selain itu, Saya tidak
takut sama ada mereka menembak saya atau mereka mungkin membunuh saya.
Saya adalah kombinasi samurai dan kamikaze."
Fujimoto bahkan tidak menggunakan helmet atau jaket anti peluru sebagai pelindung.
"Itu sangat berat ketika
digunakan untuk berlari dan lebih menyenangkan jika pergi ke kawasan
pertempuran tanpa mengenakan apa-apa (pelindung). Selain itu, ketika
mereka menembak itu sangat menyenangkan dan menarik."
Dalam foto-foto yang
dishare di akaun Facebooknya, kelihatan dia sering bersama Mujahidin dan
kanak-kanak Syria. Di antara fotonya menunjukkan dia sedang menembak
bersama Mujahidin, namun tidak ada maklumat sama ada dia sedang belajar
menembak atau turut menembak pasukan rejim.
Fujimoto berkata bahawa
majikannya tidak tahu dia sekarang berada di Syria. "Saya hanya
memberitahu kepada mereka saya pergi ke Turki untuk bercuti. Jika saya
mengatakan mereka yang sebenarnya, mereka akan mengatakan kepada saya
bahawa saya benar-benar gila."
Toshifumi Fujimoto bersama mujahidin Syria (Gambar ini diambil dari akaun Facebook Toshifumi Fujimoto)
Mungkin banyak orang
mengatakan dia gila, tetapi orang-orang tidak tahu bahawa pekerjaan dan
kehidupan keluarga adalah akar kesedihannya yang membuat dia ingin
mencari hidup baru.
Fujimoto telah bercerai
dengan isterinya, dan berkata"Saya tidak mempunyai keluarga, tidak ada
teman, tidak ada teman wanita. Saya bersendirian dalam hidup ini."
Tetapi dia mempunyai
tiga anak perempuan yang tidak pernah dia lihat selama lima tahun,
"bahkan tidak di Facebook atau Internet, tidak ada. Dan itu adalah
kesedihan saya yang mendalam," katanya sambil mengusap air matanya.
Sebab itulah dia
membayar insurans nyawa dan "Saya berdoa setiap hari bahawa, jika
sesuatu terjadi pada saya, anak-anak perempuanya mungkin akan
mendapatkan wang insurans dan mampu hidup dengan selesa."
Fujimoto tidak menjual
gambar-gambar atau rakaman yang dia ambil selama dia melancong di medan
perang ini. Dia telah menghabiskan wang hingga USD 2500 dari poket
peribadinya untuk terbang ke Turki. Kemudian mengeluarkan USD 25 sehari
untuk bayaran penginapan di sana.
Selama di Aleppo, dia
telah pergi pelbagai medan tempur seperti di daerah Amariya, Salahuddin,
Saif al-Dawlah, Izza. Walaupun dia senang mengambil gambar di tempat
konflik ini dan menyebarkannya, tetapi ada gambar yang membuatnya
terpaku dan berkaitan dalam fikirannya.
Ketika dia membuka fail
di laptopnya, dia menunjukkan sebahagian tubuh anak perempuan kecil
berumur 7 tahun mati di Saif al-Dawlah akibat ditembak oleh penembak
tepat rejim. Dia membayangkan, betapa sedihnya kehilangan puteri yang
dicintai.
"Saya sayang kepada
kanak-kanak, tetapi Syria bukanlah tempat bagi mereka. Sebuah bom boleh
meragut nyawa mereka bila-bila masa," katanya yang kemudian diajak oleh
mujahidin untuk bergabung dengan mereka di Salahuddin dan akan turun ke
jalan menuju tempat di mana bunyi tembakan terdengar untuk melanjutkan
"cutinya" di mana dia boleh merasakan hidup yang lebih hidup.
Inilah Fujimoto, orang
Jepun yang rela menghabiskan wang untuk pergi ke medan perang. Demi
mencari kehidupan yang lebih hidup, melupakan segala kepenatan dan
kesedihan dalam hidupnya. Tidak takut mati atau takut rugi harta.
Namun bagi seorang
Muslim, medan Jihad bukanlah seperti filem aksi di Hollywood yang hanya
untuk ditonton, atau "tempat pelancongan" yang hanya untuk "refreshing."
Ada perniagaan sejati yang menggiurkan di sana yang ditawarkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Wahai orang-orang
yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat
menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui . Niscaya Allah
akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat
tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. "
(Q.S As-Saff [61]: 10-12).
Maka tidak Tertarikkah dengan janji ini?
"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) dari pada Allah?" (Q.S An-Nisaa '[4]: 87)
Diterjemah dari arrahmah
Video di bawah:
Video di bawah:
Sumber: http://detikislam.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment