Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.
Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini selagi tidak bertentangan dengan hukum.
Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan XY merujuk kepada kromosom lelaki. Jantina anak lelaki 100% datang dari kromosom ayah,dan jika masih tak mendapat anak lelaki jangan sesekali menyalahkan isteri anda.
Bagi mendapatkan cahaya mata lelaki terdapat bermacam faktor yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya banyak mengambil makanan:
Faktor Pemakanan
- Makan daging merah,makanan laut,kekacang seperti kacang tanah, hazelnut,almond dan banyakkan makan makanan ringan yang masin seperti keropok.
- Makanan yang masam dan berasid seperti mangga, nenas, limau, cuka dan minuman bergas perlu dielakkan selam 2 bulan sebelum mencuba petua ini.
- Suami digalakkan minum minumam soda dan kopi. Minum kopi sejam sebelum bersama bagi tujuan memberi tenaga kepadasperma Y agar lebih aktif.
- Banyakkan minum soya dan makanan berprotein
- Berdoa dan berniat kepada Allah SWT.
- Selepas bersama suami, terus palingkan badan ke arah kanan seberapa lama yang boleh. In sya allah!
- Isteri perlu memperolehi kepuasan yang tinggi sewaktu bersama.
Apa-apa bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi daripada yang Maha Esa.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan
memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia
menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Kredit To : Mrs Gold
No comments:
Post a Comment