Sepanjang
tempoh mengandung berat badan kita perlu naik sekitar 10kg-15kg. Dan ia
adalah sesuatu perkara yang normal sekiranya kita kelihatan sedikit
tembam dari sebelum mengandung. Selepas melahirkan selain menyusukan
bayi, satu hal yang sering difikirkan oleh seseorang wanita adalah untuk
menguruskan badan. Ia adalah normal, kerana fitrah wanita untuk
kelihatan cantik terutama di hadapan suami tercinta.
Kebaikan
menyusukan anak dengan susu ibu adalah secara tidak langsung membantu
ibu untuk menurunkan berat badan sewaktu mengandung dahulu. Hal ini
kerana, proses menyusukan anak membantu membakar sebanyak 500 kalori
setiap hari. Walaupun anda menyusukan anak sambil anda tidur!!!
Sebenarnya
anda tidak perlu bersungguh-sungguh untuk menahan lapar atau mengambil
kurang kalori dalam pemakanan harian. Hal ini kerana, diet harian adalah
penting untuk kestabilan kesihatan anda, untuk kegunaan tenaga harian
dan juga tenaga untuk menghasilkan susu ibu. Kekurangan makanan
sebenarnya tidak menjejaskan aktiviti pengeluaran susu badan dan juga
kualiti susu badan tetapi tubuh anda sedang bertarung dengan kekurangan
gizi makanan dan menyebabkan anda lemah dan tidak sihat.
Maka lebih
baik anda mengamalkan diet yang sihat, lengkap dengan nutrisi berbanding
menahan lapar dan sakit semata-mata untuk kurus. Apalah gunanya
berbadan kurus tetapi sering sakit dan tidak bertenaga. Bagaimana juga
anda ingin menjayakan penyusuan susu ibu selama dua tahun
sekurang-kurangnya yang memerlukan anda sentiasa cergas dan bertenaga.
Ya, menyusukan anak masa kini ditambah anda seorang wanita bekerjaya
menuntut penggunaan tenaga yang bukan sedikit.
Kredit To
:Atiqah Aziz
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment